Jumaat, 19 Ogos 2011

Didik Anak Secara Spiritual

Didik Anak Secara Spiritual

Salam ramadhan,


ramadhan, anak-anak dan puasa

Ibu-ibu khususnya di bulan ramadhan ini ramai yang menggaru-garu kepala memikirkan kepentingan anak-anak mereka khususnya bagi anak-anak yang mumaiyiz (belum akhil baligh). Kalau boleh kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita mencakupi segi fizikal, mental dan spiritual. Apatah lagi kedatangan ramadhan ini menguji keupayaan kita untuk membentuk kekuatan spiritual mereka.

Lewat bersahur

Itu lah dilemma ummi. Hari ini, atas dugaan Allah, ummi tersedar pada pukul 5.30am. Tinggal 20 minit untuk sediakan lauk-pauk dan bersahur - memang tak sempat memandangkan ummi belum masak apa-apa lauk. Atas situasi yang mendesak, ummi kejutkan babah (suami) untuk bangunkan anak-anak. Nasib baik, lebihan berbuka semalam masih berbaki. Anak sulung ummi sudah meleleh air mata, antara marah dan sedih. Adik-adik yang lagi dua, diam tak bersuara.. mengunyah apa yang ada didepan mata. Memang berat untuk Ummi, tapi antara disiplin dan kasihan, ummi pilih disiplin. Harapan ummi biarlah anak-anak sedikit derita demi kekuatan minda dimasa depan.

Tak malu tak puasa

Sedih bila melihat anak-anak muda lelaki belia, yang kuat fizikal dan mental (definisi kesihatan), berpusu-pusu beratur didalam kereta menunggu giliran membuat pesanan 'drive-through' McD & KFC. Kalau dulu, walaupun masalah sebegini sudahpun wujud, tidaklah seperti sekarang secara terang-terangan tanpa malu-malu anak2 muda mengaku tidak berpuasa. Salah siapa? Ibu-ibu seperti ummi kah yang gagal mendidik mereka sedari awal?

Ke arah masyarakat rabbani?

Demi menyumbangkan kearah masyarakat Rabbani, ummi korbankan sifat kasihan ummi untuk anak-anak. Moga-moga Allah ganjarkan usaha ummi dengan anak-anak soleh dan solehah. Amin.