Selasa, 12 Februari 2013

Makanan yang telah diproses, selamatkah?

Dalam sehari-hari bekerja dan menjaga anak, kita selalu mengambil pendekatan 'shortcut' atau kata lain jalan pintas dalam aktiviti-aktiviti memasak, menjaga, mencuci, merehatkan badan, dsbnya. Kita nak cepat dalam semua hal, dan kadang kala kita terlupa selalunya jalan pintas ada baik dan buruknya. Kali ini jom kita bincang sikit pasal jalan pintas dalam menyediakan makanan seharian, iaitu penggunaan 'prosessed food' atau makan yang telah diproses.

Apa itu makanan yang telah diproses?

Iaitu makan yang telah diubah keaadaan semulajadi mereka, samada atas sebab keselamatan atau kemudahan. Kaedah yang digunakan termasuklah pengetinan, pembekuan, penyejukan, dehidrasi, dan proses antiseptik.
Kita cenderung untuk berfikir bahawa makanan ini adalah buruk, contohnya makanan ringan yang tinggi lemak dan kalori dan juga makanan prapakej yang sedia dipanaskan didalam kuali. Tetapi sebenarnya, tidak semua makanan ini tidak elok. Contohnya susu dianggap makanan yang telah diproses kerana ia dipasteur untuk membunuh bakteria bahaya dan di 'homogenized' untuk mengelakkan lemak daripada terpisah. Sebilangan orang sukakan susu asli daipada sumber, tetapi ia sebenarnya boleh membawa kepada penyakit bawaan makanan.
Sudah pasti, banyak makanan yang diproses tidak elok untuk badan kita. Kebanyakannya adalah terdiri dari makanan yang dibuat dengan lemak-trans (trans-fats), lemak tepu (saturated fat), dan sejumlah besar garam (sodium atau natrium) dan gula. Seelok-eloknya makanan ini dijauhi atau dimakan dengan jumlah yang sedikit atau jarang-jarang.

Makanan yang diproses yang tidak elok adalah seperti:

  • Makanan yang ditinkan yang mengandungi kandungan sodium atau lemak yang tinggi
  • Hidangan pasta yang dibuat daripada tepung putih halus dan bukannya bijirin
  • Makanan ringan yang berkalori tinggi yang dibungkus seperti snek ringan (chips) dan gula-gula
  • Jejari ikan dan hidangan malam yang dibekukan yang mengandungi sodium yang tinggi
  • Kek dan biskut yang dibungkus
  • Bijirin sarapan yang bergula
  • Daging yang diproses

Mengapa daging yang diproses tidak elok?

Beberapa kajian menunjukkan bahawa makanan ini boleh meningkatkan risiko kanser usus, buah pinggang dan perut. Daging diproses adalah termasuk hotdog, bologna, sosej, daging burger, dan seangkatan dengannya. Selalunya daging ini tinggi dalam kandungan kalori, lemak tepu dan sodium.

Bagaimana dengan sajian bijirin sarapan pagi?

Sajian bijirin sarapan boleh memanfaatkan jika ia dibuat dengan 100 peratus bijirin keseluruhannya dan diperkaya dengan nutrient tambahan. Tetapi banyak juga bijirin sarapan ini mempunyai kandungan serat yang rendah dan terlalu banyak gula. Jadi, pastikan kita membaca terlebih dahulu label pada kotak cereal sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Apa lagi makanan yang diproses yang bagus untuk kita?

Sayur-sayuran yang telah dibekukan berkemungkinan besar masih mengekalkan vitamin dan mineral dan menjadikan mereka mudah untuk disimpan, dimasak, dan dimakan pada jangkamasa yang agak panjang. Jus buah-buahan dan sayuran juga adalah contoh baik makanan yang diproses - kebiasaanya. Secara fakta, jus oren selain sumber vitamin C juga adalah diperkaya dengan kalsium untuk membuatkan ia lebih berkhasiat. Oatmeal, 'unbreaded' filet ikan beku, ikan salmon dalam tin, beri beku dan roti gandum 100 peratus juga antara contoh-contoh makanan yang diproses yang baik untuk kita.

Pastikan kita mencari produk yang dibuat dengan bijirin penuh, kurang natrium atau sodium (garam) dan mempunyai kurang kalori. Mereka juga harus rendah lemak tepu dan bebas lemak trans (pastikan membaca label, kerana ada produk yang mendakwa bebas lemak trans tetapi masih mengandungi minyak separa hidrogenasi - partial hidrogenated oils - yang tidak selamat untuk badan). Pastikan juga kita memberi perhatian pada saiz hidangan, dan seimbangkan pengambilan makanan yang diproses dengan makanan segar. Jika kita memilih makanan segera kedalam kuali, tambahkan salad, sayur-sayuran segar, dan sedikit roti gandum untuk membuatkan hidangan lebih sihat.

Dipetik daripada nutrition.about.com