Jumaat, 8 Mac 2013

Insuran bukan satu pilihan, mesti ada! Tapi yang mana dulu?

Insuran dalam bajet bulanan

Rata-rata semua tahu, kaum melayu antara kaum di Malaysia yang kurang mementingkan perbelanjaan bagi insuran dalam bajet bulanan. Itulah yang selalu ummi dengar dari ajen insuran bila diaorang buka mulut pasal insuran. Entah la.. Betul atau tidak. Tapi kalau tanya ummi, ramai kawan-kawan ummi yang ada perlindungan insuran. Ummi pun ambik jugak untuk anak-anak. Cuma, baru-baru ni sahaja baru ada kesedaran untuk dapatkan perlindungan untuk diri sendiri. Kalau kat kampung tu, mungkin lah. Mak ayah adik ipar duai anak-anak sedara, semuanya tak fikir pasal insuran pun. Rasanya bukan faktor gaji, tapi lebih pada kurang pendedahan agaknya.

Baru-baru ni, ummi ada berjumpa dengan sorang ajen insuran Great Eastern. Bukan nak promote produk GE disini, tapi nak ceritakan apa yang dia dah kongsikan dengan ummi, yang ummi rasa kita semua patut tahu. Kata Ieda (kawan ummi yang ajen GE ni) kita ni sepatutnya kalau boleh kena ada kesemua 6 jenis perlindungan insuran. Amboi! Terkejut ummi dengar. Banyak sangat ke jenis-jenis nye? Ye banyak dia kata. Selain dari perlindungan hayat, ini antara jenis-jenis insuran yang penting:

1. Kad perubatan (medical card)

2. Pengurusan hutang (Debt management)

3. Perlindungan pendapatan (Income protection)

4. Plan pembelajaran (Education plan)

5. Plan persaraan (Retirement plan)

6. Pelaburan (Investment)

Plan perlindungan hayat semata-mata tidak mencukupi jika kita inginkan perlindungan yang sepenuhnya. Bagi mereka yang mempunyai lebihan pendapatan, perlulah membuat perancangan memiliki perlindungan dengan lebih bijak. Ieda sarankan untuk mulakan dengan perlindungan yang memberi jaminan pembiayaan perubatan terlebih dahulu. Kesihatan adalah keutamaan, kerana tanpa jaminan kesihatan kita akan dibelengu dengan masalah pembayaran bil-bil hospital sekiranya berlaku kemalangan atau mendapatkan rawatan bagi penyakit samada kritikal atau bukan kritikal. Memanglah kerajaan menyediakan hospital yang sudah bagus, tetapi ada kondisi dimana kemungkinan penyakit yang dihidapi memerlukan rawatan yang serta merta yang tidak dapat dipenuhi oleh hospital kerajaan.

Mengikut turutan, no 1 iaitu medical card adalah perlindungan yang paling utama yang perlu diberi keutamaan. Bila dah ada no 1, yang kemudian-kemudiannya boleh ditambah perlahan2. Tapi masih mengikut turutan seperti diatas. Ieda kata, yang silapnya orang-orang yang ambik insuran ni kadang-kadang kurang arif sebab yang diberi keutaman adalah investment (pelaburan) sedangkan medical card tak ada.

Jadi, bagi yang langsung tak tahu pasal insuran (ada ke?) biar ummi terang secara ringkas mengikut definisi ummi (bukan pakar).

1. Medical card

Kemudahan pembiayaan rawatan perubatan bagi kemalangan, dan kemasukan wad tertakluk pada polisi jenis-jenis insuran.

 

2. Pengurusan hutang

Kemudahan melangsaikan hutang. Sekiranya berlaku kematian, kemalangan dan/atau penyakit kritikal, pemegang polisi akan diberikan sejumlah wang untuk melangsaikan hutang-hutang yang telah diletakkan dibawah perlindungan. Contohnya MRTA/MRTT.

3. Perlindungan pendapatan

Jaminan kewangan hampir sama dengan jumlah pendapatan yang dilindungi bagi menggantikan kehilangan pendapatan sekiranya berlaku kematian atau kurang upaya. Amat penting bagi ketua keluarga mengambil perlindungan ini bagi memastikan yang disayangi dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti hilang upaya disebabkan penyakit atau kemalangan dan/atau kematian. Untuk lebih lanjut, sila baca tentang pelan perlindungan pendapatan disini.

4. Plan pembelajaran

Demi masa depan anak-anak, plan ini memberi jaminan simpanan bagi tujuan pembelajaran. Memanglah dimana-mana pun kita boleh menyimpan untuk pembelajaran, contohnya dibank. Tetapi, dibawah skim insuran sekiranya berlaku apa-apa kepada ibubapa (pembayar) masa depan anak-anak akan terjamin, dimana plan tersebut menjamin simpanan berterusan walaupun pembayar sudah tidak berupaya/meninggal. Untuk maklumat lanjut, boleh klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang plan pembelajaran.

5. Plan persaraan

Bagi yang inginkan keselesaan selepas persaraan, plan ini menjaminkan pulangan wang bulanan bagi menampung kos kehidupan selepas persaraan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik disini.

 

6. Pelaburan

Akhir sekali, bagi mendapatkan kelebihan dalam perlindungan insuran hayat, turut diperkenalkan simpanan yang memberikan keuntungan dari segi pelaburan. Sebahagian dari bayaran premium bulanan yang dibayar akan disimpan dalam akaun pelaburan pilihan pemegang polisi. Apabila tamat tempoh perlindungan (atau pada waktu-waktu tertuntu mengikut polisi insuran), wang yang telah dilaburkan bersama2 keuntungan pelaburan boleh dikeluarkan sebahagiannya atau keseluruhannya.

Apa yang ummi bincangkan disini hanya gambaran kasar melalui maklumat yang ummi dapat melalui pembacaan dan perbualan. Sekiranya ada yang tersasar, ummi harap yang membaca dapat bagi komen pembetulan dan teerima kasih atas perkongsian.

Akhir sekali, buatlah pilihan masing-masing, yang terbaik mengikut keperluan semasa. Pendapat ummi, perancangan yang baik akan memberikan kita ketenteraman tentang masa depan yang belum diketahui.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan