Khamis, 31 Januari 2013

Apa nak buat untuk cantik berseri-seri?

Ramai (atau boleh dikatakan semua) wanita inginkan wajah yang cantik, yang tidak berjerawat, berjeragat, dan berkedut. Malang sekali, ramai yang terlewat sedar bahawa untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri-seri adalah memerlukan penjagaan bermula seawal remaja.

penjagaan muka seawal remaja

Begitu juga ummi, kurang memberi perhatian pada keperluan wajah dari muda remaja membuatkan wajah ummi kelihatan agak tua dari usia sebenar. Lazim manusia, sudah terhantuk baru terngadah. Bila sudah sedar kesilapan sendiri, barulah berusaha nak memperbaiki.

Walaupun begitu, ummi tak mahu berputus asa. Bak kata pepatah, 'better late than sorry' (biar lambat, jgn menyesal). Jadi, dalam usaha untuk mengembalikan keserian dan kehalusan wajah, ummi mencari-cari maklumat dan ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca semua.

Apa asas penjagaan kulit wajah?

Penjagaan wajah bergantung pada beberapa perkara (menurut fit & health), termasuklah:

1. Penjagaan harian

Kulit perlu dibersihkan iaitu seelok-eloknya 2 kali sehari iaitu pagi dan sebelum tidur diikuti dengan langkah2 pemulihan seterusnya seperti penyegar, pelembap, skrub, dan sunblock. Set asas pembersihan perlulah terdiri daripada pencuci, penyegar, pelembap, skrup dan masker (seminggu sekali), dan pelindung matahari (sunblock). Set penjagaan ini perlulah disesuaikan dengan kulit masing-masing samada normal, kering, berminyak, atau kombinasi. Satu forum post dilaman Virtual Friend ada berbincang tentang jenis-jenis kulit muka.

2. Perawatan

Tidak cukup dengan penjagaan harian, rawatan muka perlulah dilakukan sebulan atau dua bulan sekali bagi mereka yang tiada masalah kulit. Bagi yang mempunyai masalah muka seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan lain-lain perlulah rawatan mengikut jadual yang lebih kerap sehinggalah masalah ditangani. Untuk kulit muka ummi yang kering dan berparut rawatan peeling dan dermabrasion untuk membuang lapisan kulit atas adalah WAJIB. Rawatan pengelupasan tersebut akan membantu sel-sel kulit yang baru dihasilkan dengan membuang sel-sel kulit yang mati. Bagi kulit normal, rawatan penghidratan untuk kulit normal adalah memadai. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang perawatan yang diperlukan mengikut kesesuaian kulit muka, silalah kunjungi butik kecantikan seperti Clara Interrnational (ummi memang pelanggan tetap Clara dan sangat-sangat berpuas hati dengan servis mereka), Aster Spring, Felisa, Sendayu Tinggi, dan sebagainya.

3. Pemakanan dan Supplemen

Penjagaan luaran sahaja tidak memadai untuk kulit muka. Pemakanan juga penting dan perlu diberi perhatian. Kurangkan makanan berminyak, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyak meminum air putih adalah antara petua-petua yang selalu kita dengar.

Zat vitamin apakah yang penting untuk kulit?

  • Vitamin A - boleh didapati melalui makanan yang mengandungi beta-carotene. Contohnya hati, kuning telur, mentega, susu, bayam, brokoli, kale, tembikai, kiwi, dan strawberi.
  • Vitamin C - Asid askorbik adalah vitamin yang larut air yang boleh didapati daripada buah-buahan dan jus sitrus, lada hijau, kubis, bayam, brokoli, kale, tembikai, kiwi, dan strawberi.
  • Vitamin E - d-alfa tocopherol. Adalah sejenis vitamin larut lemak terdapat dalam kacang, biji benih, minyak sayuran, bijian penuh, minyak ikan, bijirin yang diperkaya dan aprikot.
  • Kolagen - kolagen adalah protein yang terdiri dari asid amino. Didalam badan manusia, kolagen didalam membentuk kira-kira 30% daripada jumlah protein yang ada. Kolegen diperlukan untuk menjadi penghubung antara tisu-tisu didalam kulit agar menjadikan kulit tegang, lembut, dan penghasilan sel-sel kulit yang baru yang berterusan. Ia juga penting bagi keanjalan kulit. Sumber kolagen yang baik iaitu makanan yang mengandungi protein yang tinggi. Contohnya ikan, ayam, dan daging. Sumber kolagen yang baik dikalangan tumbuhan-tumbuhan adalah makanan yang mengandungi germa gandum (wheat germ).

Tapi, perlu diingatkan juga, kadangkala pengambilan makanan yang kita ambil mungkin kekurangan sumber vitamin yang penting yang diperlukan untuk kulit. Jadi untuk menambahkan keperluan vitamin, kita perlukan supplemen. Antara pengeluar vitamin semulajadi yang baik adalah seperti Shaklee. Baca disini untuk maklumat lebih lanjut tentang supplemen tambahan untuk kulit muka.

 

4. Air

Air adalah sangat-sangat penting bukan sahaja sebagai pemberi tenaga tetapi juga sangat perlu bagi tujuan kecantikan. Kulit memerlukan penghidratan yang berterusan bagi mengekalkan kelembapan kulit. Badan kita mengeluarkan air apabila berlaku aktiviti-aktiviti dan air dikeluarkan sebagai peluh, kencing, dan sebagainya. Kekurangan air akan mengakibatkan organ badan termasuk kulit ternyahhidrat. Bagi kulit, kekurangan air akan menyebabkan garis-garis halus dan kedutan mudah terhasil. Secara saintifik, air merupakan komposisi terbesar sel-sel kulit. Tanpa air, sel-sel kulit tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Jadi, pengambilan air yang mencukupi bagi menggantikan air yang keluar dari badan kita amatlah perlu. Sekiranya kita adalah individu yang banyak beraktiviti, seperti senaman, pengambilan air perlulah melebihi individu yang kurang beraktiviti.

5. Tidur

Untuk wajah yang cantik datangnya dari badan yang sihat. Kesihatan kita juga dipengaruhi oleh faktor tidur yang mencukupi. Bayi memerlukan tidur 13-18 jam sehari, Kanak-kanak perlukan 10-14 jam, remaja perlukan 9-10 jam, manakala orang dewasa memerlukan 7-8 jam waktu tidur sehari. Tidur yang cukup bukan sahaja untuk wajah yang cantik juga untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan memori, memanjangkan umur (ikut kajian), meningkatkan metabolisma, dsnya.

Banyak lagi yang boleh dibincangkan tentang isu kecantikan. Tapi ummi hanya menyentuh beberapa perkara yang dasar sahaja. Bagi maklumat lanjut, bolehlah melayari sumber maklumat dibawah atau lain-lain yang berkaitan.

Akhir sekali, ada satu blog yang ummi sangat-sangat suka dan ingin rekemenkan untuk pembaca lihat ialah blog epicbeautyguide.com. Lihat saja wajah pemilik blog (gambar dibawah) yang tanpa makeup, ummi yakin tips-tips yang diberikan tentang kecantikan akan berkesan seperti dinyatakan.


 
Sumber:

1. http://health.howstuffworks.com/skin-care/daily/tips/5-everyday-skin-needs.htm

2. http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=50271

3. http://www.news-medical.net/health/Collagen-What-is-Collagen.aspx

4. http://ummufitrah.blogspot.com/2013/02/radikal-bebas-bagaimana-antioksida.html

5. http://www.livestrong.com/article/342620-natural-sources-of-collagen/

6. http://www.uwhealth.org/madison-plastic-surgery/the-benefits-of-drinking-water-for-your-skin/26334

 

 

Rabu, 23 Januari 2013

Susu formula, jangan jadikan pilihan.

Walaupun telah diketahui susu ibu banyak memberi manfaat pada bayi, masih ramai memilih untuk memberi susu formula pada bayi-bayi mereka. Ummi ingin sekali lagi menambah maklumat yang sedia ada, supaya ramai ibu-ibu dapat mengetahui kelebihan dan kebaikan menyusui (secara ekslusif - iaitu tanpa sokongan susu formula). Sekurang-kurangnya jadikanlah amalan menyusui secara ekslusif ini selama 6 bulan pertama, bagi memastikan bayi mendapat khasiat yang optimum dari susu anda.

Beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibu-ibu tentang penyusuan (diambil dari womenhealth.gov):-

1. Penyusuan melindungi bayi

  • Susu Awal adalah cecair 'emas'
    - kolostrum adalah susu pertama yang keluar yang pekat berwarna kuning. Susu ini adalah sangat kaya dengan nutrien dan antibodi untuk melindungi bayi anda.
  • Cukup kandungan zat dan khasiat
    - Susu matang yang terhasil selepas kolostrum (3-4 hari selepas kelahiran) mengandungi jumlah lemak, gula, air dan protein yang bertepatan dengan keperluan bayi anda. Susu ini lebih cair berbanding kolostrum, tetapi mengandungi semua jenis khasiat dan antibodi yang diperlukan bayi anda.
  • Susu ibu mudah dihadam
    - Bagi semua bayi, terutamanya bayi pra-matang, susu ibu adalah lebih mudah dihadam berbanding susu formula. Protein yang terkandung didalam susu formula adalah datangnya dari lembu, jadi memerlukan penyesuaian perut bayi anda untuk tujuan penghadaman.
  • Susu ibu melawan penyakit
    - sel, hormon dan antibodi didalam susu ibu boleh melindungi bayi dari pelbagai penyakit. Perlindungan ini sangat unik kerana susu formula tidak dapat menandingi komposisi kimia susu ibu. Secara faktanya, jangkitan telinga dan cirit-birit adalah menjadi kebiasaan dikalangan bayi yang menyusui susu formula. Susuan formula juga menghadapi risiko yang lebih tinggi dijangkiti jangkitan paru-paru, asthma, obesiti, dan diabetes jenis-2. Kajian menunjukkan, susuan ibu boleh mengurangkan risiko diabetes jenis-1, leukimia kanak-kanak, dan dermatitis (ruam). Penyusuan susu ibu juga didapati mengurangkan risiko SIDS (sudden infant death syndrome), kematian mengejut bayi.

2. Penyusuan memberi manfaat pada ibu

  • penyusuan susu ibu memudahkan hidup anda
    - Pada awalnya, memanglah memerlukan sedikit usaha yang lebih untuk memberi susu badan, tetapi usaha ini sangat berbaloi dihari kemudiaannya setelah anda dan bayi telah menjadikannya rutin. Tidak perlu lagi botol, puting, pemanas, dan pensteril (sterilizer). Anda tak perlu lagi membeli dan membancuh susu formula dan bangun ditengah-tengah malam untuk menyediakannya.
  • Penyusuan susu ibu menjimatkan kos
    - Bayangkanlah, bayi hanya bergantung kepada susu sebagai sumber utama makanannya. Sebulan, seorang bayi akan menghabiskan sekitar 4 kotak (650g) susu formula dan bertambah apabila dia membesar. Secara purata, bagi susu formula yang sederhana kosnya, adalah sekitar RM30-40 sekotak. Bayangkanlah berapa banyak kos yang anda boleh jimat $$$ sebulan, $$$$ setahun!
  • Penyusuan badan melahirkan sentuhan kasih-sayang
    - Sentuhan fizikal sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Ia membuatkan mereka merasa selamat, selesa dan terhibur. Ibu boleh juga manfaat dari keakraban ini. Sentuhan kulit ke kulit boleh meningkatkan penghasilan hormon oxytocin oleh ibu. Hormon ini sangat membantu dari segi perembesan susu ibu lebih banyak dan pada masa yang sama dapat menenangkan ibu. Lagi bacaan ilmiah tentang oxytocin.
  • Penyusuan badan memanfaatkan kesihatan ibu
    - Mengikut kajian, ibu yang menyusui bayi mengurangkan risiko mereka dari penyakit diabetes jenis-2, kanser payudara, kanser ovari, dan kemurungan selepas bersalin (postpartum depression) - atau dalam bahasa kita, meroyan. Pakar-pakar masih lagi melihat pada kesan penyusuan badan pada penyakit osteoporosi dan pengurangan berat badan selepas bersalin. Banyak kajian melaporkan pengurangan berat badan yang tinggi dikalangan ibu-ibu yang menyusui berbanding yang tidak.
  • Ibu-ibu menyusui akan kurang mengambil cuti
    - kerana mengikut kajian, anak-anak yang disusui badan lebih cenderung sihat berbanding bayi yang mengambil susu formula.
Jadi, bagi ibu-ibu yang masih berbelah bahagi, samada ingin campurkan susu ibu dan formula, atau eksklusif formula, timbang-timbanglah semula keputusan anda. Mungkin ada dikalangan kita yang menghadapi masalah kekurangan air susu, tapi carilah ikhtiar untuk memperbanyakkan air susu. Jika diberi kesempatan untuk pusing balik masa, ummi ingin menyusui semua anak-anak ummi secara eksklusif. Walaupun hakikatnya air susu ummi tak banyak, kalaulah ummi tahu pasal ESP Shaklee (Jom klik untuk ketahui lebih lanjut) dari awal lagi, sudah tentu anak-anak ummi semuanya membesar dengan susu ummi. Bagi ibu-ibu muda, anda masih belum terlewat untuk membuat keputusan. jadi buatlah pilihan yang terbaik.

Selasa, 22 Januari 2013

Ummi berjaya kuruskan badan dengan Shaklee

Selepas melahirkan Fitrah, berat ummi telah mencecah sehingga 61kg. Sebelum mengandungkan Fitrah ummi adalah 56kg (kalau ikut BMI, gemuk lah tu). Disember yang lalu, Fitrah sudah 1 tahun 3 bulan. Selama itu lah berat ummi tak pernah turun daripada 61kg. Banyak yang ummi cuba, contohnya gym, berenang dan slimming program kat marie france. Tapi disebabkan ummi tak boleh control nafsu makan. Sia-sia saja usaha ummi.

Menjumpai solusi - pemakanan tambahan Shaklee



Di pejabat, kawan ummi perkenalkan 2 supplement shaklee: alfalfa dan omega guard, katanya baik untuk kesihatan dan pada masa yang sama boleh kuruskan badan. Ummi tertarik tentang khasiat alfalfa (jangka panjang) yang baik untuk mengurangkan kolesterol dan mencegah penyakit jantung. Ummi teringatkan abah. Famili dia ada sejarah penyakit jantung, jadi ummi rasa alfalfa mungkin baik untuk abah. Dan Omega guard pula baik dari segi khasiat minyak ikan. Ummi boleh dapat manfaat dari minyak ikan ini sebab ummi sedang menyusukan Fitrah. Jadi ummi beli dua-dua supplemen tersebut.

Selepas sebulan


Ummi tak amalkan secara konsisten. Tapi abah, memang tiap-tiap hari ambik alfalfa & omega. Alhamdulillah, selepas sebulan berat abah turun 4kg! Hmm, ummi mula terfikir mungkin sebab abah ambil dua supplement shaklee tu, sebab kawan ummi sudah bagitau sebelum ini 2 supplement ini boleh kuruskan badan. Jadi, mulai Dis 2012 yang lalu ummi betul-betul ambil serius pasal pengambilan 2 supplemen ini. Ummi timbang berat badan ummi tiap-tiap minggu dan rekodkan. Pada masa yang sama, ummi makan seperti biasa, pagi, tengahari dan malam. Malam selalunya bahagian yang ummi makan kurang sedikit dari siangnya kerana ummi makan lewat, demi menunggu suami tercinta. Selain itu, aktiviti-aktivi biasa ummi jalankan seperti biasa, berenang 1-2 kali seminggu dan kadang-kadang kalau tak sempat berenang ummi brisk walking (berjalan ala-ala jogging) 15-30 minit seminggu sekali.

Hasil mengambil alfalfa dan omega guard shaklee


Selepas 2 minggu, berat ummi turun 2kg daripada 61 ke 59. Senyum lebar ummi. Dah boleh kongsi dengan kawan-kawan. Selepas tu, 2 minggu ummi tak konsisten makan suplemen tu sebab balik kampung lama sangat, jadi 4 minggu seterusnya (hingga kini) ummi hanya berjaya turunkan lagi 2kg. Alhamdulillah, sekarang sudah 57kg. Ummi masih amalkan lagi, kerana ingin turunkan lagi berat badan. Kalau boleh ummi nak turun sampai 50kg. Ummi target bulan Mei nanti berat ummi akan jadi sekitar 50-51 kg. Jadi, kita tunggu entri ummi bulan Mei nanti, ada perubahan atau tidak.


Melihat pada hasilnya, ummi semakin percaya pada supplement shaklee. Jadi, ummi sendiri telah mendaftar untuk menjadi ahli. Sekurang-kurangnya boleh beli dengan harga ahli, banyak potongan nya, sekitar 20% daripada harga asal. Ummi boleh jimat dalam RM38, banyak tu.. Jadi, bagi sesiapa yang nak harga ahli ummi boleh tolong beli & poskan. Cuma bayar ummi harga pos. Sekurang-kurangnya ummi boleh dapat bonus :) dan harga murah untuk supplemen diri sendiri.

Sesiapa yang minat, sila klik disini untuk ke blog shaklee ummi.

Isnin, 21 Januari 2013

Macamana nak mandikan bayi?

Bayi yang baru lahir, sememangnya, sangat sulit penjagaannya. Dari hal kebersihan, susu, pakaian, tidur, sampailah ke hal mendodoi, semua nya perlu di ambil perhatian. Entri kali ini ummi ingin sentuh pasal kebersihan bayi.


Perlu ke bayi mandi?

Kalau ikutkan cuaca kita di Malaysia, yang sepanjang tahun panas dan berselang-seli dengan hujan, pastinya ramai yang kata kita perlu mandikan bayi selalu. Betul tu, tapi sebenarnya tak juga. Cukup dengan hanya sekali mandian sehari sudah memadai. Bayi yang baru lahir tidak kotor kecuali bahagian yang bernajis, dan bahagian yang terkena susu. Sekadar mencuci dibahagian-bahagian tersebut, ummi rasa sudah mencukupi. Yang penting adalah memastikan bayi jauh dari kesejukan, terutama kalau bayi diletakkan dibilik yang berhawa dingin selalu. Ini kerana, suhu badan bayi cepat turun berbeza dengan orang dewasa.

Pusat bayi belum gugur, macamana nak mandikan?


memandikan bayi tidak semestinya memerlukan air yang banyak dan mengalir. Memadai kalau ibu-ibu menggunakan kain atau span yang basah. Apabila sudah tanggal tali pusat, barulah mandikan bayi menggunakan air samada didalam besen mandi ataupun mengalir dari paip.

Pengalaman ummi mandikan bayi


Ummi suka menggunakan besen khas mandian bayi untuk memandikan anak-anak ummi. Bagi ummi besen seperti ini lebih selamat dan boleh digunakan untuk beberapa peringkat umur bayi. Jenis yang ummi beli ada pelapik khas yang boleh digantung seperti buaian di atas muka besen bagi kegunaan bayi baru lahir. Dan pelapik itu boleh dikeluarkan bila bayi agak besar sedikit sekitar umur 2 bulan ke atas. Ada banyak jenama yang jual besen seperti ini. Ummi beli jenis First Years di Toys r us. Kat Malaysia banyak cawangan-cawangan Toys r us. Kalau tak silap, butik Anakku juga ada menjual besen seperti ini. Atau bagi pembaca luar negeri, ummi rasa kedai-kedai bayi tempatan pun boleh didapati besen seperti ini.

Persiapan untuk mandikan bayi.


Ummi  selalu pastikan barang-barang keperluan bayi disediakan terlebih dahulu sebelum membawa bayi masuk ke bilik air. Kerana bila kita sudah memegang bayi, pergerakan untuk ke sana-sini adalah terhad.

1. Besen air diisi air suam.
Rasainya tahap penasan air didalam besen. Air tidak boleh sejuk atau terlalu panas. Ummi menggunakan siku sendiri untuk mengukur samada air tersebut panas atau tidak, kerana kulit di bahagian siku agak sensitif dan boleh mengukur tahap kepanasan dengan lebih baik berbanding tangan.

2. Toiletries bayi
Peralatan bayi seperti tuala, sabun dan syampu mandian perlu diletakkan berdekatan dengan besen mandi supaya mudah dicapai ketika memandikan bayi. Sebenarnya, kulit bayi sangat sensitif dan halus, jadi penggunaan kerap sabun adalah tidak digalakkan. Dalam erti kata lain, bayi kita tidak kotor jadi tak perlu lah sabun. Sekiranya perlu, carilah sabun yang mempunyai dibuat khas untuk bayi contohnya Johnson & Johnson, Anakku, Pureen, dan sebagainya. Ummi suka gunakan produk Sebamed kerana disesuaikan untuk kulit bayi yang sensitif dan halus. Tak kira apa pilihan kita, pilihan itu mestilah disesuaikan dengan bayi kita.

3. Sebekas air untuk bilasan terakhir.
Air ini ummi gunakan untuk membasuh kepala bayi selepas bayi selesai dimandikan. Kepala bayi tidak boleh terlalu lama sejuk, jadi tak perlu dibasah awal-awal. Selain itu, air ini juga ummi gunakan untuk membilas badan bayi yang terakhir kerana air ini bebas sabun. Air yang berada didalam besen mungkin sudah bercampur dengan sabun yang kita gunakan untuk membersihkan bayi.

Bagaimana ummi mandikan?
Baring bayi di atas pelapik bayi, sekiranya tiada ummi akan memegang bayi menggunakan tangan kiri ummi sambil bayi membelakangi ummi (dada bayi di tangan ummi). Posisi bayi mengadap tangan akan menjadikan bayi lebih stabil berbanding jika bayi mengadap kita. Mulakan dengan menjirus air sedikit demi sedikit sambil tangan mengusap seluruh badan bayi kecuali kepala.

Ummi hanya guna setitis dua sahaja sabun yang ummi titiskan pada kain/tuala tangan yang basah. Dengan tuala tersebut ummi akan perlahan-lahan gosokkan pada serata badan bayi terutama bahagian-bahagian yang agak tersembunyi seperti belakang telinga dan leher, . Gunakan lagi satu tuala tangan yang tidak bersabun untuk mengelap bahagian muka bayi dan beri sedikit perhatian pada mata bayi.

Selesai badan bayi, ummi akan selimutkan bayi dengan kain lampin yang kering. Bayi akan ummi dukung dan hanya kepalanya yang akan ummi halakan ke besen mandi. Kemudian barulah ummi basah & cuci kepala bayi pula. Tujuan ummi membalut telebih dahulu adalah untuk mengelak bayi kesejukan. Kadangkala kita asyik mencuci bayi, tempoh lama yang kita ambil akan mengakibatkan kesejukan pada bayi.

Kenapa tak basuh kepala dulu? Sebabnya, ubun-ubun bayi adalah bahagian yang sensitif dan perlu dijaga. Kalau boleh jangan dibiarkan ubun-ubun sentiasa atau berpanjangan basah kerana dikhuatiri bayi akan mudah terkena selesema. Kata orang-orang tua lah. Rasanya ada betul jugak tu.

Selesai mandi, cepat-cepatlah persiapkan bayi dengan wangian dan pakaian yang selesa.




Rabu, 16 Januari 2013

Fahmi mengidap Idiopathic Thrombocytopenic Purpura ITP

Anak-anak adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah. Disebalik pemberianNya, Allah uji kita dengan kehadiran mereka melalui sakit, karenah, dan pelbagai masalah. Anak-anak ummi masih mumaiyiz. Kebanyakan masalah dengan anak-anak golongan ni adalah kenakalan dan penyakit. Alhamdulillah, bila Allah kurniakan kita anak, dia kurniakan kita dengan sifat kesabaran, menandakan kita sudah bersedia untuk menjadi ibubapa.

Ujian buat ummi dan abah

Angah ketika berusia 2 tahun

Februari 2005, ummi dan abah diuji dengan penyakit ganjil yang menimpa anak ke-2 kami, Fahmi atau 'Angah' mengikut gelaran keluarga. Masa itu, angah baru berusia 2 tahun. Satu pagi, sewaktu hendak memandikan angah, ummi perasan ada beberapa lebam kemerahan dan kebiruan pada kaki angah. Ingatkan biasa saja, mungkin sebab angah selalu panjat sana-sini dan lebam itu disebabkan jatuh atau berlanggar objek-objek di dalam rumah. Maklumlah budak baru 2 tahun. Petangnya, ummi perasan lebam bertambah banyak di badan angah meliputi kawasan badan (perut dan belakang) dan tangan. Perasaan pelik bercampur takut membuatkan ummi nekad membawa angah ke klinik DEMC (Darul Ehsan Medical Center). Di sana doktor membuat ujian darah dan mendapati kiraan platlet (salah satu cell darah) angah hanyalah 70. Bagi kanak-kanak normal, kiraan platlet sepatutnya adalah dalam lingkungan 140 - 150 (atau 140,000 ke 150,000 microlitre). Doktor bagi surat rujukan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), supaya angah diperiksa oleh pakar di sana. Malam itu juga kami terus bawa angah ke bahagian kecemasan di PPUM. Esoknya, kiraan platelet angah makin menurun ke sekitar 50. Kemudiaan harinya, turun ke 20 dan ke tahap yang paling rendah iaitu 5.

Seminggu di wad kanak-kanak PPUM

Angah ditahan di wad kanak-kanak PPUM.Ummi dan suami sangat sedih dan takut bila dimaklumkan anak kami mengidap ITP (idiopathic Thrombocytopenic Purpura). Penyakit ini tidak diketahui puncanya, dan menyerang 1-2 pesakit dalam 10,000 orang. Disebabkan penyakit ini jarang-jarang berlaku, ramai pakar-pakar dan pelatih-pelatih datang melawat angah dan bertanya pelbagai soalan untuk mengaitkan ITP dan latarbelakang kami. Semua soalan berkaitan salasilah penyakit keluarga ummi dan abah ditanya untuk cuba memahami bagaimana ITP boleh menyerang angah.

Apa itu Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP)?

Idiopathic (Imun) Thrombocytopenic (pengurangan jumlah platelet) Purpura (kawasan kulit dan membran mukus yang berwarna ke'ungu'an. ITP (dikatakan penyakit imun) berlaku bilamana badan seseorang mengenali platelet sebagai bendasing dan menghasilkan antibodi untuk menyerang platelet tersebut. Punca kenapa ia berlaku tidak diketahui. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, pengurangan kiraan platelet akan menyebabkan pendarahan yang teruk pada badan pesakit, dan boleh menyebabkan kematian. Bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan ITP, bolehlah melawat laman web rasmi ITP www.itpkids.org.


Bahayakah ITP pada kanak-kanak?

Dari kesemua jumlah pesakit ITP, separuh darinya adalah kanak-kanak. Jadi, kanak-kanak lebih berisiko mendapat ITP. Jika dihidapi, kekurangan platelet akan menyebabkan darah sukar membeku dan menyebabkan pendarahan yang tidak boleh berhenti. Sekiranya pengurangan kiraan platelet tidak dibendung, boleh menyebabkan kematian. Tetapi, mengikut kajian, selalunya penyakit ITP dikalangan kanak-kanak akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa ketika, selalunya dalam tempoh 6 bulan. Sekiranya masih tidak sembuh, penyakit tersebut akan melarat menjadi ITP kronik. Mengikut kajian 25% kanak-kanak yang mengidap ITP akan melarat menjadi ITP kronik. Sila baca lebih lanjut tentang ITP kronik disini.


Bagaimana mengubati ITP?

Sebenarnya, penyakit ITP tidak ada ubat yang dapat mengubatinya. Tetapi ada beberapa cara yang digunapakai untuk mengurangkan penurunan kiraan platelet. Sebagai usaha, angah diberikan IVIG (Intravenous Immunoglobulin) iaitu larutan antibodi yang diekstrak daripada penderma (sihat) atau kata lain plasma manusia. Setelah dimasukkan sebanyak 2 botol IVIG, platelet angah meningkat dari 5 ke 20+, 80+, dan akhirnya normal. Alhamdulillah, setelah menjalani rawatan selama seminggu di PPUM, angah dibenarkan pulang.

sekembali dari hospital, abah bawa kami sekeluarga bercuti bagi menenangkan ummi & angah yg seminggu bermalam di wad.

Ummi doakan bagi ibu-ibu diluar yang mengalami masalah yang sama agar diberikan kekuatan untuk menghadapi masalah ini. In sha Allah, semua penyakit datang dari Allah dan mohonlah dariNya untuk kesembuhan.





Isnin, 14 Januari 2013

Ummi dijerat kad kredit

Ummi pasti ramai yang memiliki kad kredit, sekurang-kurangnya satu. Memang mudah dan menyenangkan bila ada duit plastik ni. Beban menunggu gaji setiap hujung bulan agak berkurangan bila kad kredit boleh membantu mendahulukan wang ketika dalam kesempitan. Tapi tahukah pembaca-pembaca semua, bahaya kredit kad yang menjerat pengguna-pengguna atau bakal pengguna? Kisah ummi kali ini, tentang pengalaman ummi terperangkap dengan masalah kad kredit.

Kad kredit untuk gaya hidup?

Tahun 90-an merupakan waktu-waktu yang menonjolkan pemilikan kad kredit sebagai simbol 'lifestyle' (gaya hidup). Pemilik kad kredit adalah mereka-mereka yang berkerjaya dan hidup berstatus. Orang kebanyakan tidak merasa untuk memiliki kad kredit kerana syarat-syarat untuk kelulusan adalah agak tinggi. Ummi mula bekerja tetap semenjak tahun 1998 (selepas graduate), dan setahun kemudiannya berjinak-jinak dengan penggunaan kad kredit. Memang seronok masa tu, bila dapat beli barang guna kad kredit. Terasa bangga bila menghulurkan kad kredit pada juruwang. Awalnya penggunaan kad kredit ummi adalah terkawal, maklumlah masih bujang, gaji yang banyak tak terhabis terguna pun sampai hujung bulan.

Masalah bermula dengan kad kredit

Masalah kredit ummi bermula bila ummi berhenti bekerja daripada Mayban Finance sebagai auditor. Sebabnya suami (masa tu tunang) ummi tak suka kerjaya ummi sebagai auditor yang banyak menghabiskan masa outstation. Jadi, memandangkan hari perkahwinan semakin hampir, ummi bernekad mencari kerja lain. Tahun 2000 adalah waktu-waktu yang sukar terutama bagi orang yang menganggur seperti ummi untuk mendapatkan kerja. Waktu gawat!. Masa itulah bermulanya episod demi episod penggunaan kad kredit Citibank bagi membayar dan membiayai perbelanjaan. Ummi menganggur selama 3 bulan, bekerja part time selama 5 bulan sebelum ummi berjaya diserap masuk ke UiTM pada 2001. Selama 8 bulan itu, ummi telah menggunakan sehingga habis duit simpanan ummi selama 2 tahun kerja dan juga mengguna pakai semua kredit limit yang diberikan oleh kad kredit Citibank. :o Bayangkan!

Masih tak sedar-sedar lagi

Bila ummi sudah bekerja sepenuh masa semula, ummi mula membayar sedikit demi sedikit hutang kad kredit ummi. Tapi, panas bukanlah sampai ke petang. Ummi dihantar UiTM untuk sambung Master dibawah plan TPM (tenaga pengajar muda). Elaun bagi TPM masuk 3 bulan sekali. Jadi, bagi seseorang yang tak pandai menguruskan kewangan macam ummi ini, sampai bulan ke-3 ummi banyak bergantung pada kad kredit. Tak cukup dengan kad Citibank, ummi tambah dengan kad kredit Maybank. Bukan setakat itu sahaja masalah ummi. Selesai Master, ummi menghadapi masalah untuk segera diserap ke UiTM kerana polisi UiTM untuk menghantar keluar scholar TPM ke cawangan-cawangan. Dalam pada masa keputusan nak dibuat oleh UiTM, ummi 'tidak berkerjaya' selama 3 bulan. Masalah yang sama berulang lagi, ummi terperangkap dengan kebergantungan ummi pada kad kredit.

Padahnya kad kredit sendiri yang tanggung

Walaupun sudah 10 tahun bekerja kemudiannya, hutang kad kredit ummi tak pernah langsai. Pernah satu ketika ummi memohon pembiayaan peribadi bank rakyat, semata-mata untuk melangsaikan hutang kad kredit ummi. Jadi macam korek lubang tutup lubang. Cumanya kadar faedah untuk pembiayaan peribadi lebih rendah daripada kadar faedah kad kredit. Hanya sekejap saja nilai hutang RM0, kemudiaannya bertambah-tambah semula. Teruk betul ummi, memang tak pandai menguruskan wang, tapi suka berbelanja bila lihat barang-barang yang ummi berkenan.

Matlamat tahun 2012 tercapai!

Hanya tahun lepas ummi nekad untuk menutup terus kad kredit ummi dan hidup di atas pembiayaan wang gaji dan duit simpanan sendiri. Alhamdulillah, hingga kini ummi 'credit card-free' (tanpa kad kredit). Cuma tak boleh lah lagi suka-suka hati membeli belah dan berbelanja. Ummi dapati, pengurusan kewangan ummi bertambah baik bila ummi tak menggunakan kad kredit. Setiap bulan ummi akan adakan bajet bagi wang yang akan ummi dapat. Peruntukan utama adalah belanja-belanja wajib seperti yuran sekolah, barang-barang dapur, utiliti, dan sebagainya. Lebihan daripada itu, baru lah ummi peruntukkan untuk barang-barang sampingan contohnya percutian, baju, kasut, dsbnya. Semua belanja adalah atas kemampuan sendiri, bukan syok sendiri pakai kad kredit.

Ummi bukannya nak ajak semua orang jangan pakai kad kredit, tapi berwaspadalah. Ramai orang yang tak pandai menguruskan wang, dan mudah terjerat dengan budaya membeli belah walaupun tak mampu (seperti ummi) akan mudah terjerat dengan masalah kad kredit.

Anda bagaimana? Pernah menghadapi masalah yang sama? Jom share!


Sayang suami tangan-tangankan?

Yang ummi maksudkan 'tangan-tangankan' bukanlah maksud 'pukul' suami. Tapi lebih kepada pendekatan sentuh menyentuh fizikal dan emosi sang suami. Ummi suka dua petik kata dibawah:

"Hugging closes the door to hate. Kissing opens the door to love" (Tony Davis)
Pelukan menutup pintu kebencian. Ciuman membuka pintu kepada cinta

"Through your embrace you speak a thousand words, without ever saying one" (Anonymous)
Melalui pelukan kamu mengucapkan seribu kata-kata, tanpa perlu menyatakan satu pun daripadanya

Pelukan terapi kesakitan 


Budaya kita kurang mengamalkan ekspresi kasih sayang melalui pelukan. Kita bukan macam orang putih atau bangsa lain yang mengamalkan sentuhan pelukan bila berjumpa. Dulu ummi di US masa belajar, rasa sangat kekok bila dipeluk-peluk oleh rakan-rakan (pompuan la).. Badan jadi keras semacam, malu pun ada. Kalau kita tengok orang putih dalam tv, macam tu lah kebiasaan diaorang. Mereka sangat mengutamakan pelukan terhadap keluarga dan kenalan. Pelukan menunjukkan 'affection' (kasih sayang) dan perhatian. Dari segi perubatan juga, ummi pernah dengar, pelukan merupakan terapi bagi mengurangkan kesakitan.

Macamana suami mau dilayan?

Macamana kita, pembaca-pembaca semua? Selalu kah kita peluk orang yang kita sayang terutama encik suami kita tu? Kadang-kadang kita terlalu ambil berat karenah anak-anak daripada karenah suami kita. Tapi sebenarnya, itu lah yang paling utama. Suami pun perlu dilayan seperti kita melayan anak-anak kita. Ambil tahu makan-minum dia. Bukan sekadar masak, tapi hidangkan dan makanlah bersama-sama. Ambil tahu sakit pening dia. Bukan sekadar tolong bawak ke klinik, tapi bagi ubat pada dia mengikut waktu, macam jururawat buat. Ambil tahu penat dia. Bukan sekadar bawakkan air bila dia sampai, tapi tanyakan pasal hari dia di ofis. Ambil tahu masalah dia. Bukan sekadar mendengar, tapi beri kata-kata semangat supaya pulih emosi dia. Kalau kita perasan, benda-benda semua kita buat pada anak-anak tapi kurang pada suami, kan?

Suami sukar mengucapkan sayang?

Kita nak suami sayang kita, kan? Memang semua suami sayangkan isteri, kalau tak kita dah jadi janda, betul tak? Cuma lelaki sangat susah nak ucap sayang pada kita. Tapi tak semua. Jadi, macamana kita nak buat suami selalu melahirkan rasa sayang itu? Ummi rasa, ia perlulah bermula dari kita. Kita perlu menjadikan perkataan sayang, cinta, suka sentiasa keluar dari mulut kita selalu. Jadikan ia rutin sama seperti kita selalu cakap 'penatlah bang..'. Sebagai permulaan cuba cari masa yang paling intim antara kita suami isteri. Ada orang waktu makan, ada orang waktu sebelum tidur, ada orang masa aktiviti atas katil. Terpulang waktu mana yang paling sesuai, dan cuba bagi sentuhan emosi pada suami kita dengan menyatakan kita sayang pada dia. Bagi yang dah biasa, tak ada masalah lah.. tapi pertama kali nak ucapkan tu, rasa nak tertanggal gigi, betul tak? In Sha Allah kalau kita selalu sebut, suami akan perasan dan dia pun akan buat benda yang sama.

Men are from Mars, Women are from Venus

Sama juga macam pelukan. Suami peluk kita masa atas katil je kan? Jadi, kalau nak disentuh fizikal selalu (bukan atas katil saja), kita sebagai isteri perlu mendahului. Jadikan rutin, in sha Allah suami akan terikut-ikut juga. Jangan lah kita selalu menganggap suami mengabaikan kita bila kita bandingkan dengan suami orang lain yang. Mereka mungkin sama seperti kebanyakan suami yang lain yang bukan menzahirkan sayang melalui kata-kata dan sentuhan. Mereka adalah makhluk dari Marikh bak kata Dr. John Gray. Jadi kita dari Venus ni, marilah kita ubah perangai orang-orang Marikh.

Klik disini jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku ini.





Latih Anak Berenang di Pusat Akuatik Shah Alam

Setiap Sabtu dan Ahad pagi, kami sekeluarga akan ke Pusat Akuatik Shah Alam di Seksyen 13, bersebelahan dengan Tesco. Abah, Along dan Angah akan secara rutin menjalani latihan renang dibawah water sapien swimming school (facebook). Alang, Ateh & Fitrah hanya berenang suka-suka. Ummi bergilir-gilir dengan bibik jaga Fitrah sambil menyelam dan berenang.

Ini lah kelas yang dijalankan oleh water sapien swim school. Itu coach anak-anak saya, Coach Iskandar. Best la cikgu tu (kata anak-anak saya lah..)? untuk maklumat lanjut berkenaan kelas renang yang dianjurkan oleh water sapien, boleh klik disini

Best ke kat Pusat Akuatik Shah Alam tu?

Di pusat akuatik ada 4 kolam, 2 outdoor (terbuka) 2 indoor (tertutup). Di luar diletakkan kolam kanak-kanak sedalam 2m dan kolam dewasa (50m x 25m) sedalam 4m.




Didalam pula diletakkan kolam dewasa (50m x 25m) sedalam 8m dan satu lagi kolam (bukan untuk public) khas untuk training scuba, water polo, gimrama air dan seangkatan dengannya.


Terima kasih bungakesidang.blogspot.com & abgrara.wordpress.com atas ihsan gambar-gambar di atas. Ummi kalau datang sini, malas bawak kamera. Susah nak jaga masa ummi tengah berenang.

Hati-hati dengan barang-barang persendirian ketika mandi

Sewaktu cuti persekolahan, ramai pengunjung yang bawa anak-anak ke sini. Kolam penuh sesak dengan pengunjung dan pelajar-pelajar renang.. dan tak lupa juga pengambil kesempatan. Ada satu hari tu, waktu ummi nak beli tiket untuk masuk, ummi nampak 2 remaja dipegang oleh 2 guard sambil dikelilingi beberapa orang pengunjung. Rupa-rupanya 2 remaja tersebut telah ditangkap ketika cuba mencuri barang-barang persendirian pengunjung disitu. Jadi, ummi harap kepada sesiapa yang datang, dapatlah menjaga barang-barang peribadi dengan elok. Pihak pengurusan menyediakan loker-loker yang boleh digunakan. Walaupun terpaksa membayar lebih sedikit, berkorban lah demi harta persendirian anda. Bukan ummi nak burukkan pusat akuatik, cuma mengingati pembaca yang belum pernah ke sana. Masalah kecurian seperti ini dimana-mana sahaja boleh berlaku. Jadi, tanggungjawab kita lah untuk memastikan keselamatan barang-barang kita.

Kelas renang berjadual di pusat akuatik shah alam



Ada banyak schools yang mengajar kelas renang. Selain Water Sapien, Ombak, Super Sharks, maiswim, dll. Kebanyakannya caj dalam RM100-120 sebulan bagi 8 kali perjumpaan. Untuk yang lebih murah, perjumpaannya seminggu sekali (4 kali sebulan). Ada yang perlu bayar bayaran pendaftaran, ada yang tak perlu atas sebab promosi. Ada yang sediakan kelas untuk wanita sahaja, ada yang sediakan kelas untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Jadi, pembaca-pembaca boleh la buat sikit kerja rumah sebelum buat keputusan yang mana satu pilihan hati. In Sha Allah, kalau diberi kelapangan ummi akan korek-korek maklumat renang dan buat satu perbandingan antara kelas-kelas swimming yang ada.

Waktu operasi dan bayaran masuk

Pusat akuatik ini dibuka 6 hari seminggu, ditutup setiap Isnin bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Dibawah ialah sessi yang dibuka setiap hari

sesi 1: 09:00 - 11:15 pagi
sesi 2: 12:00 - 02:15 tengahari
sesi 3: 03:00 - 05:15 petang
sesi 4: 06:00 - 08:00 malam

Kaunter tiket ditutup 30 minit sebelum waktu sesi tamat.

Caj bayaran masuk

Hari biasa (Selasa - Jumaat)
Kolam terbuka : Dewasa - RM2.00  Kanak-kanak - RM1.50
Kolam tertutup : Dewasa - RM3.00  Kanak-kanak - RM3.00

Hari Sabtu, Ahad & Kelepasan Am 
Kolam terbuka : Dewasa - RM2.50 Kanak-kanak - RM2.00
Kolam tertutup : Dewasa - RM3.50 Kanak-kanak - RM3.50

Untuk pengetahuan pembaca, pusat akuatik Shah Alam memberi kelonggaran kepada pengunjung-pengunjung membawa makanan dari luar untuk dibawa masuk ke kawasan kolam. Walaupun bagi ummi agak kurang menyenangkan melihat nasi-nasi yang bertaburan dilantai-lantai, kelonggaran ini sangat diperlukan kerana anak-anak yang mandi akan cepat lapar. Bagi ibu-ibu yang tiada kesempatan untuk memasak, diluar ada disediakan kedai-kedai makan yang menjual makanan panas dan kuih muih. Ada juga kiosk makanan ringan seperti jagung dalam cawan, sosej, burger, snek ringan, air dan sebagainya.

Khamis, 10 Januari 2013

Program pelansingan badan Marie France

Pelansingan Badan

Hari ini ummi nak cerita pasal soal kecantikan. 2-3 tahun yang lalu selepas ummi melahirkan anak ummi yg ke-4, ummi ada mendaftar untuk program menguruskan badan oleh Marie France. Alhamdulillah, selepas 2 bulan mengikuti program itu berat ummi memang turun, dari 61kg ke 56kg. Seronok sangat.. walaupun habis duit hampir-hampir RM2ribu. Tapi seronoknya sekejap aje, sebab lepas program tu ummi dah tak jaga makan. Maklum la dah mengandungkan Fitrah.

Marie France

Yang ummi nak cerita kali ini ialah tentang hasil program pelansingan Marie France yang ummi ikuti. Ramai yang tertanya-tanya samada program pelansingan seperti Marie France, Slimming World, Bizzybody, Slimming Sanctuary, dan lain-lain yang seangkatan dengannya bagus dan sesuai untuk kuruskan badan. Kalau tanya ummi, ya TAPI yang pentingnya ialah bagaimana kita mengekalkan berat badan SELEPAS program selesai.

Berkesan ke tidak?

Tak dinafikan ummi memang turun 5kg selepas dua bulan, tapi memandangkan diet ummi berubah kerana ummi mengandung lagi, berat badan ummi naik semula ke 65kg. Selepas melahirkan sehingga 3 bulan yang lalu, berat ummi kekal 61kg dan membuatkan ummi sangat-sangat risaukan bentuk badan yang sudah besar di sana sini. Muka ummi berisi, lengan dan peha ummi semakin bulat dan perut ummi yang besar kadang-kala disalah tafsir sebagai mengandung. Ummi daftar semula ke program pelansingan Marie France. Kali ini dengan bajet yang kurang sedikit daripada dahulu dalam RM1K, ummi mencuba program-program barunya.

Pelansingan atau Pembentukan?


Untuk pengetahuan semua, di Marie France ada 2 jenis program, pelansingan dan pembentukan badan. Jadi untuk ummi yang gemuk ni, tentulah program pelansingan. Mungkin dah habis lemak baru beralih ke program pembentukan badan. Perkara pertama yang dilakukan ialah konsultasi dengan pakar perunding pelansingan. Melalui 'Body analysis' yang dilakukan, ukuran berat badan, lemak, & jumlah air dinilai. Dari situ, program yang sesuai mengikut bajet ummi di anjurkan oleh pakar tersebut. Kali ini pakej ummi ialah sebanyak 36 sessi terdiri dari pelbagai treatment. Walaupun nampak banyak 36 sessi tu (macam 36 kali datang) sebenarnya dilakukan dalam 6 kali lawatan sahaja. :) Macam banyak kan? Itu le trick iklan namanya.

Khidmat disediakan

Yang bagusnya dengan Marie France (yang lain-lain tempat ummi tak pasti) seminggu atau 2 minggu sekali kita akan berjumpa dengan nutritionists (pakar nutrisi) untuk menilai & menasihati perancangan diet kita. Selain itu, Marie France juga menyediakan khidmat nasihat kesihatan melalui doktor perubatan yang disediakan disitu (lawatan doktor adalah pada waktu-waktu tertentu sahaja).
Selepas 2 bulan hasilnya kurang daripada yang ummi harapkan. Ditambah dengan perancangan diet yang tidak betul, ummi hanya mampu turunkan 1kg sahaja.Disember yang lepas, kawan sekerja telah berkongsi produk Shaklee dengan ummi dan Alhamdulillah ummi berjaya menurunkan hampir 2.5 kilo selepas 3-4 minggu pengambilan Alfalfa Complex dan Omega Guard Shaklee. Entri yang lain nanti ummi akan ceritakan kebaikan kedua-dua produk ini.

Hasilnya?

Jadi kesimpulannya, bagi yang ingin mencuba program pelansingan badan. Ummi syorkan kerana ia cara yang mudah untuk mengurangkan lemak-lemak berlebihan dengan teknologi terkini seperti nano, infra-red, radio wave, ultrasonic,  thermal, dan sebagainya. Konsultansi dengan perunding pelansingan sangat penting dalam mengenalpasti program apa yang sesuai dengan masalah masing-masing. CUMA, program-program seperti ini adalah sangat tinggi kos nya. Ada alternatif lain yang boleh kita gunakan untuk kurus, cuma berbeza dari segi masa, kos, dan kebekersanannya. Contoh-contoh alternatif adalah seperti senaman, gym, diet, supplement, dan krim pelansingan. Apa-apa pun yang paling terbaik adalah mengimbangi penggunaan semua alternatif yang ada. Ummi percaya dengan senaman yang betul, samada di rumah, luar rumah atau gym, pengambilan diet yang terancang, penggunaan krim dan supplement pelansingan dan enrolmen ke pusat-pusat pelansingan badan akan membuatkan usaha menguruskan badan lebih efektif dan berkesan bagi jangkamasa yang panjang. Dan lebih SIHAT yang pentingnya.

Jumaat, 4 Januari 2013

Apa persiapan untuk sambut bayi baru lahir?

Salam semua,

Tips persiapan bayi

Kali ini ummi nak kongsikan tips untuk bakal-bakal ibu, apa yang perlu dibeli dalam membuat persiapan bagi menyambut kelahiran sulung. Mungkin juga tips ummi ini berguna untuk mereka-mereka yang telah bergelar ibu tapi ingin menambahkan idea.

Bagi ummi untuk persiapan kelahiran ni, ada dua perkara utama; iaitu persiapan bayi dan persiapan ibu. Kali ini ummi cerita dahulu, persiapan penting untuk bayi. ummi pasti, bakal-bakal ibu mesti berkobar-kobar nak ber'shopping' dan ummi akan senaraipendek kan barang-barang yang penting.

Keperluan mandian

1. Tab mandi
- ada beberapa pilihan tab mandi yang boleh dipilih. Samada tab yang leper atau tab mandi yang ergonomik yang boleh disesuaikan mengikut peringkat umur (lihat gambar). Ummi beli yang ergonomik. Memang mudah sebab tab itu datang dengan pelapik keselamatan untuk bayi. Semasa dalam hari, Fitrah ummi letakkan atas pelapik keselamatan. Bila dia sudah berusia 2 bulan umi keluarkan pelapik tersebut dan letakkan dia di tab yang berposisi sedikit condong. Senang untuk mandikan Fitrah kerana ummi tak perlu memegang dia. Sekarang Fitrah sudah boleh menggunakan tab dibahagian menegak seperti kerusi memandangkan dia sudah pandai duduk dan berdiri. Ummi beli jenama the First Years. Banyak lagi jenama lain yang ada bentuk yang sama, terpulang pada bajet dan citarasa masing-masing.
2. Toiletries
- Antara yang penting adalah sabun mandian, syampu rambut, dan kain penggosok badan (bath cloth). Disebabkan sifat pembersih yang beralkali, carilah bahan-bahan pembersih yang lembut dan sesuai untuk bayi. Ummi selalu beli jenama Anakku dan Sebamed, kadang-kadang J&J.

Keperluan pakaian
1. Baju bayi
- Inilah antara barang-barang yang ummi paling suka nak beli. Baju-baju bayi memang comel-comel dan kiut-miut. Jangan beli banyak-banyak, sebab newborn cepat besar. Jadi, nasihat ummi cari 2 pasang baju tidur tangan pendek (utk waktu panas), 2 pasang baju tidur tangan panjang (utk waktu sejuk), 3-4 pasang baju siang (pelbagaikan mengikut citarasa samada rompers, shirts & shorts/skirts/long pants). Ummi suka rompers sebab nampak kemas dan selesa pada anak-anak ummi.
2. mitten & booties
- Yang ini, ummi beli banyak-banyak sebab ummi suka tukar-tukar selalu. Bayi ada yang suka gigit tangan, jadi mitten cepat basah dan dikhuatiri kotor. Jadi bila ummi tukar mitten, ummi akan tukar booties sekali. Senang nak simpan pakai. Lagi satu, bila ummi basuh, ummi akan gunakan wash bag supaya mitten & booties tak hilang. Kita boleh pelbagaikan mitten & booties ikut kesesuaian keadaan. Kadang-kadang ummi pakaikan yang jarang macam net tu, kadang-kadang ummi pakaikan yang ada lubang untuk keluarkan jari, supaya bayi kita boleh hisap ibu jari dia (jenama the First Years ada jual mitten jenis ini). Kadang-kadang ummi pakaikan yang tebal terutama bila dalam perjalanan yang panjang menaiki kenderaan yang berhawa dingin. Terpulang pada citarasa ibu-ibu nanti.
3. Lain-lain jenis
- ada suka belikan topi untuk bayi lelaki, ada suka belikan headband untuk bayi perempuan. Ini terpulang. Ummi beli banyak headband untuk Fitrah, tapi satu pun dia tak mahu pakai. Bila diletakkan, Fitrah akan tarik. Akhirnya tak pakai apa-apa pun.
Keperluan penyusuan 
1. Botol
- Paling penting ialah botol. Walaupun kita berhasrat untuk menyusu badan, penyediaan botol juga perlu terutama untuk menyimpan susu-susu yang diperah. Biar banyak tak apa, kerana kadang-kadang perahan kita lebih dari yang kita jangkakan. Susu yang diperah boleh disimpan selama 24 jam di tempat sejuk, dan boleh disimpan sehingga berbulan-bulan di bahagian sejukbeku. Jadi, yang penting ialah mencari botol yang baik untuk tujuan penyimpanan. Sekarang ini, banyak yang kita dengar tentang botol bebas bisphenol-A (BPA) - BPA adalah bahan yang diguna untuk membuat pelbagai jenis plastik. Ia dianggap tidak bahaya kecualilah bahan plastik tersebut dipanaskan pada suhu yang tinggi ia akan memudaratkan kerana mengikut kajian BPA boleh menyebabkan kanser. Ada juga botol yang anti kolik (kembung perut). Ada botol yang kaca. dan bermacam-macam lagi.
2. Puting
- puting yang sesuai akan menggalakkan bayi kita lebih menyukai penyusuan menggunakan botol. Ummi ada beberapa rakan yang menghadapi kesukaran menggantikan susu badan dengan botol apabila bersedia untuk bekerja semula kerana bayi tidak dapat menyesuaikan diri dengan puting. Cara terbaik ialah untuk mencuba beberapa jenis puting hingga berjumpa dengan yang sesuai. Ada beberapa jenis puting yang ada antaranya jenis tradisional (biasa), ortodontik dan leper atas (flat topped). Puting ortodontik boleh disesuaikan dengan bentuk mulut bayi, dan sering pilihan yang baik untuk bayi yang cerewet. Puting flat sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai "kekeliruan puting," kerana ia mempunyai bentuk yang serupa dengan puting ibu. Dan lagi, puting-puting ini dikeluarkan dalam 2 jenis samada silikon atau getah. silikon agak tahan lama berbanding getah, tapi getah lebih lembut dan menyerupai puting ibu.

3. Pam susu
- Amat-amat digalakkan untuk bayi sekurang-kurangnya menyusui susu ibu sehingga berumur 6 bulan atau lebih. Ini amat-amat penting bagi tumbesaran bayi terutama sistem imun terhadap penyakit-penyakit berjangkit. Ummi sendiri dapat melihat perbezaan antara anak-anak yang lama disusui dan yang kurang. Perbezaan dari segi dayatahan daripada jangkitan demam, batuk, selesema dsbnya. Dan apa yang ummi tahu kemudiaanya, bayi yang lama menyusui susu ibu akan ada ikatan (bonding) yang lebih dengan ibunya berbanding bayi yang kurang. Jadi ummi galakkan bakal ibu-ibu terutama yang berkerjaya untuk menyediakan pam susu bagi tujuan penyimpanan susu bagi bekalan bayi ketika dirumah pengasuh atau nurseri. Nanti ummi kongsikan tips dan teknik mengepam yang betul dan efisien. Tunggu ya!

Breast pump
ni ada banyak jenis. Boleh pilih yang manual atau elektronik. Jiran ummi sarankan medela electric/electronic breastpump. Tapi ada juga kawan ummi yang kata Avent manual breastpump bagus. Yang itu ummi tak pasti. Tapi ummi sendiri menggunakan Avent manual breastpump. Walaupun agak penat tangan memerah, tapi hasil perahan selalunya memuaskan dan tidak menyakitkan.
Penggunaan Baby wipes

Memang kalau boleh kita nak buat kerja senang dan efisien. Jadi penggunaan baby wipes sangat memudahkan. Tapi adakah selamat? Ummi sangat mengurangkan penggunaan baby wipes. Ummi pernah mencuba dengan mengenakan baby wipes ke bahagian muka ummi, dan didapati cecair wipes tersebut meninggalkan kesan yang merengsakan muka ummi. Jadi, ummi fikir, kalau ummi boleh rasa tidak selesa apatah lagi bayi kita. Sebagai alternatif ummi gantikan dengan tisu dan air. Ummi sediakan sebotol air didalam botol spray. Hanya semburkan pada tisu dan lap kan bahagian bayi yang perlu dicuci. InsyaAllah dijamin selamat dan membersihkan. Tapi kalau waktu-waktu yang ummi senang, ummi akan bawa Fitrah ke sinki untuk dicuci menggunakan air yang mengalir. Memang leceh sikit, tapi ummi rasa selamat dan bersih.

Banyak lagi yang ingin ummi kongsikan. Tapi nampak macam panjang pulak entri ini. Mungkin boleh ummi sambung ke bahagian ke-dua pada masa yang lain. Kalau ada apa-apa yang tertinggal disini, mungkin ada pembaca yang boleh tolong tambah pada komen dibawah. Selemat menjaga bayi!





Jagaan Ibu Dalam Pantang

Jagaan Ibu Dalam Berpantang

Puteri Syawal

Alhamdulillah, syawal ke-5 2011 merupakan hadiah istimewa buat kami sekeluarga bila kelahiran ke-5 anak ummi adalah seorang puteri. Susah, perit, dan sakit bersalin hilang bila memangku Fitrah Imaani. Walaupun beratnya cuma 2.96kg, tapi Fitrah kelihatan sihat dan sempurna.


Berpantang

Bermulalah kini masa yang ditunggu-tunggu. Percutian yang panjang bagi merehatkan badan dan memperelokkan sistem dalaman semula. Ada orang tak suka waktu berpantang, tapi bagi ummi inilah masanya untuk ummi bercuti. Walaupun sedikit kalut dengan anak ke-4 yang masih berusia 2 tahun, persiapan awal yang ummi buat meringankan sedikit sebanyak kerja-kerja ummi.



Persiapan penjagaan rumah
Memandangkan ummi tidak ada bibik, ummi telah 'charter' makcik cleaner di tempat ummi kerja untuk datang sebulan menolong ummi disebelah petang. Kak Ani (makcik cleaner) tolong ummi mengemas, membasuh, menseterika dan melipat baju. Sangat-sangat membantu bilamana anak-anak kecil yang bersekolah masih belum mampu melakukan semua kerja-kerja itu. Dalam kesempatan itu jugak, K ani tolong ummi panaskan tungku. Alhamdulillah, mak mertua ummi sangat prihatin. Dia yang bekalkan daun-daun yang sesuai bagi membalut tungku. Daun mengkudu, daun kunyit, daun pandan, dan daun lengkuas sangat harum ketika bercampur dengan tungku yang panas. Bukan sekadar itu, daun-daun tu juga ada khasiat-khasiat tersendiri bagi membantu memperelokkan rahim yang masih lemah.
Persiapan makanan
Selain servis mencuci, ummi jugak dapatkan servis penghantaran makanan. Memandangkan ummi tak dapat memasak untuk diri sendiri, ummi telah melanggan servis dari mangkuktingkat.com bagi urusan makanan berpantang. Alhamdulillah, mudah sungguh kerana abah tak perlu fikirkan apa makanan yang sesuai untuk ummi yang didalam pantang. Anak-anak yang lain semuanya makan di sekolah & nursery. Mudahkan?


Persiapan urutan
Ummi juga telah fikirkan tentang urut sebelum Fitrah dilahirkan. Ada beberapa butik kecantikan yang menawarkan servis urutan berpantang ke rumah. Agak mahal, sekitar RM300-400 bagi pakej urutan, bertangas, & mandi herba. Tapi ummi hanya mencari tukang urut tradisional yang direkemen kan oleh kawan ummi. Bayaran perkhidmatan adalah RM50 sekali urutan. OK la tu.


Menghilangkan kebosanan
Bagi menghilangkan kebosanan ummi, abah terpaksa membeli pelbagai jenis majalah untuk ummi. Selain itu, abah juga sambungkan sambungan dari decoder Astro ke tv bilik. Jadi, dapatlah ummi bersantai dan menjaga Fitrah tanpa perlu keluar dari bilik.


Persiapan penjagaan bayi
Untuk memudahkan lagi kerja-kerja menjaga bayi ketika pantang, ummi telah sediakan segala kelengkapan bayi dibilik. Contohnya tempat simpanan/pengering botol susu (bottle drying rack), thermos, cecair pencuci botol susu, tab mandian bayi, semuanya ummi letak kat bilik bagi memudahkan ummi menjaga bayi tanpa perlu banyak bergerak terutamanya bila bilik ummi terletak ditingkat atas.


Segalanya yang teratur membuatkan ummi tenang dan seronok ketika berpantang. Walaupun begitu, lain orang kehendaknya dan lain caranya. Mungkin cara ummi dapat memberi sedikit panduan kepada ibu-ibu muda yang baru pertama kali menempuh alam berpantang. Selamat pantang dan semoga urusan berpantang dipermudahkan Allah  :) InsyaAllah di entri yang kemudian, ummi akan kongsikan antara pemakanan yang berkhasiat yang ummi amalkan untuk menjaga kesihatan ummi dan Fitrah