Perlu ke bayi mandi?
Kalau ikutkan cuaca kita di Malaysia, yang sepanjang tahun panas dan berselang-seli dengan hujan, pastinya ramai yang kata kita perlu mandikan bayi selalu. Betul tu, tapi sebenarnya tak juga. Cukup dengan hanya sekali mandian sehari sudah memadai. Bayi yang baru lahir tidak kotor kecuali bahagian yang bernajis, dan bahagian yang terkena susu. Sekadar mencuci dibahagian-bahagian tersebut, ummi rasa sudah mencukupi. Yang penting adalah memastikan bayi jauh dari kesejukan, terutama kalau bayi diletakkan dibilik yang berhawa dingin selalu. Ini kerana, suhu badan bayi cepat turun berbeza dengan orang dewasa.Pusat bayi belum gugur, macamana nak mandikan?
memandikan bayi tidak semestinya memerlukan air yang banyak dan mengalir. Memadai kalau ibu-ibu menggunakan kain atau span yang basah. Apabila sudah tanggal tali pusat, barulah mandikan bayi menggunakan air samada didalam besen mandi ataupun mengalir dari paip.
Pengalaman ummi mandikan bayi
Ummi suka menggunakan besen khas mandian bayi untuk memandikan anak-anak ummi. Bagi ummi besen seperti ini lebih selamat dan boleh digunakan untuk beberapa peringkat umur bayi. Jenis yang ummi beli ada pelapik khas yang boleh digantung seperti buaian di atas muka besen bagi kegunaan bayi baru lahir. Dan pelapik itu boleh dikeluarkan bila bayi agak besar sedikit sekitar umur 2 bulan ke atas. Ada banyak jenama yang jual besen seperti ini. Ummi beli jenis First Years di Toys r us. Kat Malaysia banyak cawangan-cawangan Toys r us. Kalau tak silap, butik Anakku juga ada menjual besen seperti ini. Atau bagi pembaca luar negeri, ummi rasa kedai-kedai bayi tempatan pun boleh didapati besen seperti ini.
Persiapan untuk mandikan bayi.
Ummi selalu pastikan barang-barang keperluan bayi disediakan terlebih dahulu sebelum membawa bayi masuk ke bilik air. Kerana bila kita sudah memegang bayi, pergerakan untuk ke sana-sini adalah terhad.
1. Besen air diisi air suam.
Rasainya tahap penasan air didalam besen. Air tidak boleh sejuk atau terlalu panas. Ummi menggunakan siku sendiri untuk mengukur samada air tersebut panas atau tidak, kerana kulit di bahagian siku agak sensitif dan boleh mengukur tahap kepanasan dengan lebih baik berbanding tangan.2. Toiletries bayi
Peralatan bayi seperti tuala, sabun dan syampu mandian perlu diletakkan berdekatan dengan besen mandi supaya mudah dicapai ketika memandikan bayi. Sebenarnya, kulit bayi sangat sensitif dan halus, jadi penggunaan kerap sabun adalah tidak digalakkan. Dalam erti kata lain, bayi kita tidak kotor jadi tak perlu lah sabun. Sekiranya perlu, carilah sabun yang mempunyai dibuat khas untuk bayi contohnya Johnson & Johnson, Anakku, Pureen, dan sebagainya. Ummi suka gunakan produk Sebamed kerana disesuaikan untuk kulit bayi yang sensitif dan halus. Tak kira apa pilihan kita, pilihan itu mestilah disesuaikan dengan bayi kita.3. Sebekas air untuk bilasan terakhir.
Air ini ummi gunakan untuk membasuh kepala bayi selepas bayi selesai dimandikan. Kepala bayi tidak boleh terlalu lama sejuk, jadi tak perlu dibasah awal-awal. Selain itu, air ini juga ummi gunakan untuk membilas badan bayi yang terakhir kerana air ini bebas sabun. Air yang berada didalam besen mungkin sudah bercampur dengan sabun yang kita gunakan untuk membersihkan bayi.Bagaimana ummi mandikan?
Baring bayi di atas pelapik bayi, sekiranya tiada ummi akan memegang bayi menggunakan tangan kiri ummi sambil bayi membelakangi ummi (dada bayi di tangan ummi). Posisi bayi mengadap tangan akan menjadikan bayi lebih stabil berbanding jika bayi mengadap kita. Mulakan dengan menjirus air sedikit demi sedikit sambil tangan mengusap seluruh badan bayi kecuali kepala.Ummi hanya guna setitis dua sahaja sabun yang ummi titiskan pada kain/tuala tangan yang basah. Dengan tuala tersebut ummi akan perlahan-lahan gosokkan pada serata badan bayi terutama bahagian-bahagian yang agak tersembunyi seperti belakang telinga dan leher, . Gunakan lagi satu tuala tangan yang tidak bersabun untuk mengelap bahagian muka bayi dan beri sedikit perhatian pada mata bayi.
Selesai badan bayi, ummi akan selimutkan bayi dengan kain lampin yang kering. Bayi akan ummi dukung dan hanya kepalanya yang akan ummi halakan ke besen mandi. Kemudian barulah ummi basah & cuci kepala bayi pula. Tujuan ummi membalut telebih dahulu adalah untuk mengelak bayi kesejukan. Kadangkala kita asyik mencuci bayi, tempoh lama yang kita ambil akan mengakibatkan kesejukan pada bayi.
Kenapa tak basuh kepala dulu? Sebabnya, ubun-ubun bayi adalah bahagian yang sensitif dan perlu dijaga. Kalau boleh jangan dibiarkan ubun-ubun sentiasa atau berpanjangan basah kerana dikhuatiri bayi akan mudah terkena selesema. Kata orang-orang tua lah. Rasanya ada betul jugak tu.
Selesai mandi, cepat-cepatlah persiapkan bayi dengan wangian dan pakaian yang selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan