Tips persiapan bayi
Kali ini ummi nak kongsikan tips untuk bakal-bakal ibu, apa yang perlu dibeli dalam membuat persiapan bagi menyambut kelahiran sulung. Mungkin juga tips ummi ini berguna untuk mereka-mereka yang telah bergelar ibu tapi ingin menambahkan idea.Bagi ummi untuk persiapan kelahiran ni, ada dua perkara utama; iaitu persiapan bayi dan persiapan ibu. Kali ini ummi cerita dahulu, persiapan penting untuk bayi. ummi pasti, bakal-bakal ibu mesti berkobar-kobar nak ber'shopping' dan ummi akan senaraipendek kan barang-barang yang penting.
Keperluan mandian
1. Tab mandi
- ada beberapa pilihan tab mandi yang boleh dipilih. Samada tab yang leper atau tab mandi yang ergonomik yang boleh disesuaikan mengikut peringkat umur (lihat gambar). Ummi beli yang ergonomik. Memang mudah sebab tab itu datang dengan pelapik keselamatan untuk bayi. Semasa dalam hari, Fitrah ummi letakkan atas pelapik keselamatan. Bila dia sudah berusia 2 bulan umi keluarkan pelapik tersebut dan letakkan dia di tab yang berposisi sedikit condong. Senang untuk mandikan Fitrah kerana ummi tak perlu memegang dia. Sekarang Fitrah sudah boleh menggunakan tab dibahagian menegak seperti kerusi memandangkan dia sudah pandai duduk dan berdiri. Ummi beli jenama the First Years. Banyak lagi jenama lain yang ada bentuk yang sama, terpulang pada bajet dan citarasa masing-masing.2. Toiletries
- Antara yang penting adalah sabun mandian, syampu rambut, dan kain penggosok badan (bath cloth). Disebabkan sifat pembersih yang beralkali, carilah bahan-bahan pembersih yang lembut dan sesuai untuk bayi. Ummi selalu beli jenama Anakku dan Sebamed, kadang-kadang J&J.Keperluan pakaian
1. Baju bayi- Inilah antara barang-barang yang ummi paling suka nak beli. Baju-baju bayi memang comel-comel dan kiut-miut. Jangan beli banyak-banyak, sebab newborn cepat besar. Jadi, nasihat ummi cari 2 pasang baju tidur tangan pendek (utk waktu panas), 2 pasang baju tidur tangan panjang (utk waktu sejuk), 3-4 pasang baju siang (pelbagaikan mengikut citarasa samada rompers, shirts & shorts/skirts/long pants). Ummi suka rompers sebab nampak kemas dan selesa pada anak-anak ummi.
2. mitten & booties
- Yang ini, ummi beli banyak-banyak sebab ummi suka tukar-tukar selalu. Bayi ada yang suka gigit tangan, jadi mitten cepat basah dan dikhuatiri kotor. Jadi bila ummi tukar mitten, ummi akan tukar booties sekali. Senang nak simpan pakai. Lagi satu, bila ummi basuh, ummi akan gunakan wash bag supaya mitten & booties tak hilang. Kita boleh pelbagaikan mitten & booties ikut kesesuaian keadaan. Kadang-kadang ummi pakaikan yang jarang macam net tu, kadang-kadang ummi pakaikan yang ada lubang untuk keluarkan jari, supaya bayi kita boleh hisap ibu jari dia (jenama the First Years ada jual mitten jenis ini). Kadang-kadang ummi pakaikan yang tebal terutama bila dalam perjalanan yang panjang menaiki kenderaan yang berhawa dingin. Terpulang pada citarasa ibu-ibu nanti.3. Lain-lain jenis
- ada suka belikan topi untuk bayi lelaki, ada suka belikan headband untuk bayi perempuan. Ini terpulang. Ummi beli banyak headband untuk Fitrah, tapi satu pun dia tak mahu pakai. Bila diletakkan, Fitrah akan tarik. Akhirnya tak pakai apa-apa pun.Keperluan penyusuan
1. Botol
- Paling penting ialah botol. Walaupun kita berhasrat untuk menyusu badan, penyediaan botol juga perlu terutama untuk menyimpan susu-susu yang diperah. Biar banyak tak apa, kerana kadang-kadang perahan kita lebih dari yang kita jangkakan. Susu yang diperah boleh disimpan selama 24 jam di tempat sejuk, dan boleh disimpan sehingga berbulan-bulan di bahagian sejukbeku. Jadi, yang penting ialah mencari botol yang baik untuk tujuan penyimpanan. Sekarang ini, banyak yang kita dengar tentang botol bebas bisphenol-A (BPA) - BPA adalah bahan yang diguna untuk membuat pelbagai jenis plastik. Ia dianggap tidak bahaya kecualilah bahan plastik tersebut dipanaskan pada suhu yang tinggi ia akan memudaratkan kerana mengikut kajian BPA boleh menyebabkan kanser. Ada juga botol yang anti kolik (kembung perut). Ada botol yang kaca. dan bermacam-macam lagi.2. Puting
- puting yang sesuai akan menggalakkan bayi kita lebih menyukai penyusuan menggunakan botol. Ummi ada beberapa rakan yang menghadapi kesukaran menggantikan susu badan dengan botol apabila bersedia untuk bekerja semula kerana bayi tidak dapat menyesuaikan diri dengan puting. Cara terbaik ialah untuk mencuba beberapa jenis puting hingga berjumpa dengan yang sesuai. Ada beberapa jenis puting yang ada antaranya jenis tradisional (biasa), ortodontik dan leper atas (flat topped). Puting ortodontik boleh disesuaikan dengan bentuk mulut bayi, dan sering pilihan yang baik untuk bayi yang cerewet. Puting flat sangat sesuai untuk bayi yang mempunyai "kekeliruan puting," kerana ia mempunyai bentuk yang serupa dengan puting ibu. Dan lagi, puting-puting ini dikeluarkan dalam 2 jenis samada silikon atau getah. silikon agak tahan lama berbanding getah, tapi getah lebih lembut dan menyerupai puting ibu.3. Pam susu
- Amat-amat digalakkan untuk bayi sekurang-kurangnya menyusui susu ibu sehingga berumur 6 bulan atau lebih. Ini amat-amat penting bagi tumbesaran bayi terutama sistem imun terhadap penyakit-penyakit berjangkit. Ummi sendiri dapat melihat perbezaan antara anak-anak yang lama disusui dan yang kurang. Perbezaan dari segi dayatahan daripada jangkitan demam, batuk, selesema dsbnya. Dan apa yang ummi tahu kemudiaanya, bayi yang lama menyusui susu ibu akan ada ikatan (bonding) yang lebih dengan ibunya berbanding bayi yang kurang. Jadi ummi galakkan bakal ibu-ibu terutama yang berkerjaya untuk menyediakan pam susu bagi tujuan penyimpanan susu bagi bekalan bayi ketika dirumah pengasuh atau nurseri. Nanti ummi kongsikan tips dan teknik mengepam yang betul dan efisien. Tunggu ya!Breast pump
ni ada banyak jenis. Boleh pilih yang manual atau elektronik. Jiran ummi sarankan medela electric/electronic breastpump. Tapi ada juga kawan ummi yang kata Avent manual breastpump bagus. Yang itu ummi tak pasti. Tapi ummi sendiri menggunakan Avent manual breastpump. Walaupun agak penat tangan memerah, tapi hasil perahan selalunya memuaskan dan tidak menyakitkan.Penggunaan Baby wipes
Memang kalau boleh kita nak buat kerja senang dan efisien. Jadi penggunaan baby wipes sangat memudahkan. Tapi adakah selamat? Ummi sangat mengurangkan penggunaan baby wipes. Ummi pernah mencuba dengan mengenakan baby wipes ke bahagian muka ummi, dan didapati cecair wipes tersebut meninggalkan kesan yang merengsakan muka ummi. Jadi, ummi fikir, kalau ummi boleh rasa tidak selesa apatah lagi bayi kita. Sebagai alternatif ummi gantikan dengan tisu dan air. Ummi sediakan sebotol air didalam botol spray. Hanya semburkan pada tisu dan lap kan bahagian bayi yang perlu dicuci. InsyaAllah dijamin selamat dan membersihkan. Tapi kalau waktu-waktu yang ummi senang, ummi akan bawa Fitrah ke sinki untuk dicuci menggunakan air yang mengalir. Memang leceh sikit, tapi ummi rasa selamat dan bersih.
Banyak lagi yang ingin ummi kongsikan. Tapi nampak macam panjang pulak entri ini. Mungkin boleh ummi sambung ke bahagian ke-dua pada masa yang lain. Kalau ada apa-apa yang tertinggal disini, mungkin ada pembaca yang boleh tolong tambah pada komen dibawah. Selemat menjaga bayi!
layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com
BalasPadamhamper barangan bayi pada harga berpatutan..utk diri sendiri @hadiahkan kpd kenalan..
maaf tumpang iklan
(alat senaman utk kempiskan perut pun ada dijual..kegunaan lps besalin nti..kurus kembali)