Isnin, 14 Januari 2013

Latih Anak Berenang di Pusat Akuatik Shah Alam

Setiap Sabtu dan Ahad pagi, kami sekeluarga akan ke Pusat Akuatik Shah Alam di Seksyen 13, bersebelahan dengan Tesco. Abah, Along dan Angah akan secara rutin menjalani latihan renang dibawah water sapien swimming school (facebook). Alang, Ateh & Fitrah hanya berenang suka-suka. Ummi bergilir-gilir dengan bibik jaga Fitrah sambil menyelam dan berenang.

Ini lah kelas yang dijalankan oleh water sapien swim school. Itu coach anak-anak saya, Coach Iskandar. Best la cikgu tu (kata anak-anak saya lah..)? untuk maklumat lanjut berkenaan kelas renang yang dianjurkan oleh water sapien, boleh klik disini

Best ke kat Pusat Akuatik Shah Alam tu?

Di pusat akuatik ada 4 kolam, 2 outdoor (terbuka) 2 indoor (tertutup). Di luar diletakkan kolam kanak-kanak sedalam 2m dan kolam dewasa (50m x 25m) sedalam 4m.




Didalam pula diletakkan kolam dewasa (50m x 25m) sedalam 8m dan satu lagi kolam (bukan untuk public) khas untuk training scuba, water polo, gimrama air dan seangkatan dengannya.


Terima kasih bungakesidang.blogspot.com & abgrara.wordpress.com atas ihsan gambar-gambar di atas. Ummi kalau datang sini, malas bawak kamera. Susah nak jaga masa ummi tengah berenang.

Hati-hati dengan barang-barang persendirian ketika mandi

Sewaktu cuti persekolahan, ramai pengunjung yang bawa anak-anak ke sini. Kolam penuh sesak dengan pengunjung dan pelajar-pelajar renang.. dan tak lupa juga pengambil kesempatan. Ada satu hari tu, waktu ummi nak beli tiket untuk masuk, ummi nampak 2 remaja dipegang oleh 2 guard sambil dikelilingi beberapa orang pengunjung. Rupa-rupanya 2 remaja tersebut telah ditangkap ketika cuba mencuri barang-barang persendirian pengunjung disitu. Jadi, ummi harap kepada sesiapa yang datang, dapatlah menjaga barang-barang peribadi dengan elok. Pihak pengurusan menyediakan loker-loker yang boleh digunakan. Walaupun terpaksa membayar lebih sedikit, berkorban lah demi harta persendirian anda. Bukan ummi nak burukkan pusat akuatik, cuma mengingati pembaca yang belum pernah ke sana. Masalah kecurian seperti ini dimana-mana sahaja boleh berlaku. Jadi, tanggungjawab kita lah untuk memastikan keselamatan barang-barang kita.

Kelas renang berjadual di pusat akuatik shah alam



Ada banyak schools yang mengajar kelas renang. Selain Water Sapien, Ombak, Super Sharks, maiswim, dll. Kebanyakannya caj dalam RM100-120 sebulan bagi 8 kali perjumpaan. Untuk yang lebih murah, perjumpaannya seminggu sekali (4 kali sebulan). Ada yang perlu bayar bayaran pendaftaran, ada yang tak perlu atas sebab promosi. Ada yang sediakan kelas untuk wanita sahaja, ada yang sediakan kelas untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Jadi, pembaca-pembaca boleh la buat sikit kerja rumah sebelum buat keputusan yang mana satu pilihan hati. In Sha Allah, kalau diberi kelapangan ummi akan korek-korek maklumat renang dan buat satu perbandingan antara kelas-kelas swimming yang ada.

Waktu operasi dan bayaran masuk

Pusat akuatik ini dibuka 6 hari seminggu, ditutup setiap Isnin bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Dibawah ialah sessi yang dibuka setiap hari

sesi 1: 09:00 - 11:15 pagi
sesi 2: 12:00 - 02:15 tengahari
sesi 3: 03:00 - 05:15 petang
sesi 4: 06:00 - 08:00 malam

Kaunter tiket ditutup 30 minit sebelum waktu sesi tamat.

Caj bayaran masuk

Hari biasa (Selasa - Jumaat)
Kolam terbuka : Dewasa - RM2.00  Kanak-kanak - RM1.50
Kolam tertutup : Dewasa - RM3.00  Kanak-kanak - RM3.00

Hari Sabtu, Ahad & Kelepasan Am 
Kolam terbuka : Dewasa - RM2.50 Kanak-kanak - RM2.00
Kolam tertutup : Dewasa - RM3.50 Kanak-kanak - RM3.50

Untuk pengetahuan pembaca, pusat akuatik Shah Alam memberi kelonggaran kepada pengunjung-pengunjung membawa makanan dari luar untuk dibawa masuk ke kawasan kolam. Walaupun bagi ummi agak kurang menyenangkan melihat nasi-nasi yang bertaburan dilantai-lantai, kelonggaran ini sangat diperlukan kerana anak-anak yang mandi akan cepat lapar. Bagi ibu-ibu yang tiada kesempatan untuk memasak, diluar ada disediakan kedai-kedai makan yang menjual makanan panas dan kuih muih. Ada juga kiosk makanan ringan seperti jagung dalam cawan, sosej, burger, snek ringan, air dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan