Khamis, 10 Januari 2013

Program pelansingan badan Marie France

Pelansingan Badan

Hari ini ummi nak cerita pasal soal kecantikan. 2-3 tahun yang lalu selepas ummi melahirkan anak ummi yg ke-4, ummi ada mendaftar untuk program menguruskan badan oleh Marie France. Alhamdulillah, selepas 2 bulan mengikuti program itu berat ummi memang turun, dari 61kg ke 56kg. Seronok sangat.. walaupun habis duit hampir-hampir RM2ribu. Tapi seronoknya sekejap aje, sebab lepas program tu ummi dah tak jaga makan. Maklum la dah mengandungkan Fitrah.

Marie France

Yang ummi nak cerita kali ini ialah tentang hasil program pelansingan Marie France yang ummi ikuti. Ramai yang tertanya-tanya samada program pelansingan seperti Marie France, Slimming World, Bizzybody, Slimming Sanctuary, dan lain-lain yang seangkatan dengannya bagus dan sesuai untuk kuruskan badan. Kalau tanya ummi, ya TAPI yang pentingnya ialah bagaimana kita mengekalkan berat badan SELEPAS program selesai.

Berkesan ke tidak?

Tak dinafikan ummi memang turun 5kg selepas dua bulan, tapi memandangkan diet ummi berubah kerana ummi mengandung lagi, berat badan ummi naik semula ke 65kg. Selepas melahirkan sehingga 3 bulan yang lalu, berat ummi kekal 61kg dan membuatkan ummi sangat-sangat risaukan bentuk badan yang sudah besar di sana sini. Muka ummi berisi, lengan dan peha ummi semakin bulat dan perut ummi yang besar kadang-kala disalah tafsir sebagai mengandung. Ummi daftar semula ke program pelansingan Marie France. Kali ini dengan bajet yang kurang sedikit daripada dahulu dalam RM1K, ummi mencuba program-program barunya.

Pelansingan atau Pembentukan?


Untuk pengetahuan semua, di Marie France ada 2 jenis program, pelansingan dan pembentukan badan. Jadi untuk ummi yang gemuk ni, tentulah program pelansingan. Mungkin dah habis lemak baru beralih ke program pembentukan badan. Perkara pertama yang dilakukan ialah konsultasi dengan pakar perunding pelansingan. Melalui 'Body analysis' yang dilakukan, ukuran berat badan, lemak, & jumlah air dinilai. Dari situ, program yang sesuai mengikut bajet ummi di anjurkan oleh pakar tersebut. Kali ini pakej ummi ialah sebanyak 36 sessi terdiri dari pelbagai treatment. Walaupun nampak banyak 36 sessi tu (macam 36 kali datang) sebenarnya dilakukan dalam 6 kali lawatan sahaja. :) Macam banyak kan? Itu le trick iklan namanya.

Khidmat disediakan

Yang bagusnya dengan Marie France (yang lain-lain tempat ummi tak pasti) seminggu atau 2 minggu sekali kita akan berjumpa dengan nutritionists (pakar nutrisi) untuk menilai & menasihati perancangan diet kita. Selain itu, Marie France juga menyediakan khidmat nasihat kesihatan melalui doktor perubatan yang disediakan disitu (lawatan doktor adalah pada waktu-waktu tertentu sahaja).
Selepas 2 bulan hasilnya kurang daripada yang ummi harapkan. Ditambah dengan perancangan diet yang tidak betul, ummi hanya mampu turunkan 1kg sahaja.Disember yang lepas, kawan sekerja telah berkongsi produk Shaklee dengan ummi dan Alhamdulillah ummi berjaya menurunkan hampir 2.5 kilo selepas 3-4 minggu pengambilan Alfalfa Complex dan Omega Guard Shaklee. Entri yang lain nanti ummi akan ceritakan kebaikan kedua-dua produk ini.

Hasilnya?

Jadi kesimpulannya, bagi yang ingin mencuba program pelansingan badan. Ummi syorkan kerana ia cara yang mudah untuk mengurangkan lemak-lemak berlebihan dengan teknologi terkini seperti nano, infra-red, radio wave, ultrasonic,  thermal, dan sebagainya. Konsultansi dengan perunding pelansingan sangat penting dalam mengenalpasti program apa yang sesuai dengan masalah masing-masing. CUMA, program-program seperti ini adalah sangat tinggi kos nya. Ada alternatif lain yang boleh kita gunakan untuk kurus, cuma berbeza dari segi masa, kos, dan kebekersanannya. Contoh-contoh alternatif adalah seperti senaman, gym, diet, supplement, dan krim pelansingan. Apa-apa pun yang paling terbaik adalah mengimbangi penggunaan semua alternatif yang ada. Ummi percaya dengan senaman yang betul, samada di rumah, luar rumah atau gym, pengambilan diet yang terancang, penggunaan krim dan supplement pelansingan dan enrolmen ke pusat-pusat pelansingan badan akan membuatkan usaha menguruskan badan lebih efektif dan berkesan bagi jangkamasa yang panjang. Dan lebih SIHAT yang pentingnya.

2 ulasan:

  1. Bodoh nya kamu... Even Miss Universe pun tak p tempat mcm ni lah. Mereka bersenam dan membentuk badan di gymnasium.

    BalasPadam
  2. "Tanpa nama " nick name pun dh nampak pengecut. Singgah page org pastu bodoh kan org tu. X sedar tindakan kamu sendiri nampak kan kamu bodoh.

    BalasPadam