Ramai (atau boleh dikatakan semua) wanita inginkan wajah yang cantik, yang tidak berjerawat, berjeragat, dan berkedut. Malang sekali, ramai yang terlewat sedar bahawa untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri-seri adalah memerlukan penjagaan bermula seawal remaja.
penjagaan muka seawal remaja
Begitu juga ummi, kurang memberi perhatian pada keperluan wajah dari muda remaja membuatkan wajah ummi kelihatan agak tua dari usia sebenar. Lazim manusia, sudah terhantuk baru terngadah. Bila sudah sedar kesilapan sendiri, barulah berusaha nak memperbaiki.
Walaupun begitu, ummi tak mahu berputus asa. Bak kata pepatah, 'better late than sorry' (biar lambat, jgn menyesal). Jadi, dalam usaha untuk mengembalikan keserian dan kehalusan wajah, ummi mencari-cari maklumat dan ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca semua.
Apa asas penjagaan kulit wajah?
Penjagaan wajah bergantung pada beberapa perkara (menurut fit & health), termasuklah:
1. Penjagaan harian
Kulit perlu dibersihkan iaitu seelok-eloknya 2 kali sehari iaitu pagi dan sebelum tidur diikuti dengan langkah2 pemulihan seterusnya seperti penyegar, pelembap, skrub, dan sunblock. Set asas pembersihan perlulah terdiri daripada pencuci, penyegar, pelembap, skrup dan masker (seminggu sekali), dan pelindung matahari (sunblock). Set penjagaan ini perlulah disesuaikan dengan kulit masing-masing samada normal, kering, berminyak, atau kombinasi. Satu forum post dilaman Virtual Friend ada berbincang tentang jenis-jenis kulit muka.
2. Perawatan
Tidak cukup dengan penjagaan harian, rawatan muka perlulah dilakukan sebulan atau dua bulan sekali bagi mereka yang tiada masalah kulit. Bagi yang mempunyai masalah muka seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan lain-lain perlulah rawatan mengikut jadual yang lebih kerap sehinggalah masalah ditangani. Untuk kulit muka ummi yang kering dan berparut rawatan peeling dan dermabrasion untuk membuang lapisan kulit atas adalah WAJIB. Rawatan pengelupasan tersebut akan membantu sel-sel kulit yang baru dihasilkan dengan membuang sel-sel kulit yang mati. Bagi kulit normal, rawatan penghidratan untuk kulit normal adalah memadai. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang perawatan yang diperlukan mengikut kesesuaian kulit muka, silalah kunjungi butik kecantikan seperti Clara Interrnational (ummi memang pelanggan tetap Clara dan sangat-sangat berpuas hati dengan servis mereka), Aster Spring, Felisa, Sendayu Tinggi, dan sebagainya.
3. Pemakanan dan Supplemen
Penjagaan luaran sahaja tidak memadai untuk kulit muka. Pemakanan juga penting dan perlu diberi perhatian. Kurangkan makanan berminyak, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyak meminum air putih adalah antara petua-petua yang selalu kita dengar.
Zat vitamin apakah yang penting untuk kulit?
- Vitamin A - boleh didapati melalui makanan yang mengandungi beta-carotene. Contohnya hati, kuning telur, mentega, susu, bayam, brokoli, kale, tembikai, kiwi, dan strawberi.
- Vitamin C - Asid askorbik adalah vitamin yang larut air yang boleh didapati daripada buah-buahan dan jus sitrus, lada hijau, kubis, bayam, brokoli, kale, tembikai, kiwi, dan strawberi.
- Vitamin E - d-alfa tocopherol. Adalah sejenis vitamin larut lemak terdapat dalam kacang, biji benih, minyak sayuran, bijian penuh, minyak ikan, bijirin yang diperkaya dan aprikot.
- Kolagen - kolagen adalah protein yang terdiri dari asid amino. Didalam badan manusia, kolagen didalam membentuk kira-kira 30% daripada jumlah protein yang ada. Kolegen diperlukan untuk menjadi penghubung antara tisu-tisu didalam kulit agar menjadikan kulit tegang, lembut, dan penghasilan sel-sel kulit yang baru yang berterusan. Ia juga penting bagi keanjalan kulit. Sumber kolagen yang baik iaitu makanan yang mengandungi protein yang tinggi. Contohnya ikan, ayam, dan daging. Sumber kolagen yang baik dikalangan tumbuhan-tumbuhan adalah makanan yang mengandungi germa gandum (wheat germ).
Tapi, perlu diingatkan juga, kadangkala pengambilan makanan yang kita ambil mungkin kekurangan sumber vitamin yang penting yang diperlukan untuk kulit. Jadi untuk menambahkan keperluan vitamin, kita perlukan supplemen. Antara pengeluar vitamin semulajadi yang baik adalah seperti Shaklee. Baca disini untuk maklumat lebih lanjut tentang supplemen tambahan untuk kulit muka.
4. Air
Air adalah sangat-sangat penting bukan sahaja sebagai pemberi tenaga tetapi juga sangat perlu bagi tujuan kecantikan. Kulit memerlukan penghidratan yang berterusan bagi mengekalkan kelembapan kulit. Badan kita mengeluarkan air apabila berlaku aktiviti-aktiviti dan air dikeluarkan sebagai peluh, kencing, dan sebagainya. Kekurangan air akan mengakibatkan organ badan termasuk kulit ternyahhidrat. Bagi kulit, kekurangan air akan menyebabkan garis-garis halus dan kedutan mudah terhasil. Secara saintifik, air merupakan komposisi terbesar sel-sel kulit. Tanpa air, sel-sel kulit tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Jadi, pengambilan air yang mencukupi bagi menggantikan air yang keluar dari badan kita amatlah perlu. Sekiranya kita adalah individu yang banyak beraktiviti, seperti senaman, pengambilan air perlulah melebihi individu yang kurang beraktiviti.
5. Tidur
Untuk wajah yang cantik datangnya dari badan yang sihat. Kesihatan kita juga dipengaruhi oleh faktor tidur yang mencukupi. Bayi memerlukan tidur 13-18 jam sehari, Kanak-kanak perlukan 10-14 jam, remaja perlukan 9-10 jam, manakala orang dewasa memerlukan 7-8 jam waktu tidur sehari. Tidur yang cukup bukan sahaja untuk wajah yang cantik juga untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan memori, memanjangkan umur (ikut kajian), meningkatkan metabolisma, dsnya.
Banyak lagi yang boleh dibincangkan tentang isu kecantikan. Tapi ummi hanya menyentuh beberapa perkara yang dasar sahaja. Bagi maklumat lanjut, bolehlah melayari sumber maklumat dibawah atau lain-lain yang berkaitan.
Akhir sekali, ada satu blog yang ummi sangat-sangat suka dan ingin rekemenkan untuk pembaca lihat ialah blog epicbeautyguide.com. Lihat saja wajah pemilik blog (gambar dibawah) yang tanpa makeup, ummi yakin tips-tips yang diberikan tentang kecantikan akan berkesan seperti dinyatakan.
1. http://health.howstuffworks.com/skin-care/daily/tips/5-everyday-skin-needs.htm
2. http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=50271
3. http://www.news-medical.net/health/Collagen-What-is-Collagen.aspx
4. http://ummufitrah.blogspot.com/2013/02/radikal-bebas-bagaimana-antioksida.html
5. http://www.livestrong.com/article/342620-natural-sources-of-collagen/
6. http://www.uwhealth.org/madison-plastic-surgery/the-benefits-of-drinking-water-for-your-skin/26334
Tiada ulasan:
Catat Ulasan