Rabu, 23 Januari 2013

Susu formula, jangan jadikan pilihan.

Walaupun telah diketahui susu ibu banyak memberi manfaat pada bayi, masih ramai memilih untuk memberi susu formula pada bayi-bayi mereka. Ummi ingin sekali lagi menambah maklumat yang sedia ada, supaya ramai ibu-ibu dapat mengetahui kelebihan dan kebaikan menyusui (secara ekslusif - iaitu tanpa sokongan susu formula). Sekurang-kurangnya jadikanlah amalan menyusui secara ekslusif ini selama 6 bulan pertama, bagi memastikan bayi mendapat khasiat yang optimum dari susu anda.

Beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibu-ibu tentang penyusuan (diambil dari womenhealth.gov):-

1. Penyusuan melindungi bayi

  • Susu Awal adalah cecair 'emas'
    - kolostrum adalah susu pertama yang keluar yang pekat berwarna kuning. Susu ini adalah sangat kaya dengan nutrien dan antibodi untuk melindungi bayi anda.
  • Cukup kandungan zat dan khasiat
    - Susu matang yang terhasil selepas kolostrum (3-4 hari selepas kelahiran) mengandungi jumlah lemak, gula, air dan protein yang bertepatan dengan keperluan bayi anda. Susu ini lebih cair berbanding kolostrum, tetapi mengandungi semua jenis khasiat dan antibodi yang diperlukan bayi anda.
  • Susu ibu mudah dihadam
    - Bagi semua bayi, terutamanya bayi pra-matang, susu ibu adalah lebih mudah dihadam berbanding susu formula. Protein yang terkandung didalam susu formula adalah datangnya dari lembu, jadi memerlukan penyesuaian perut bayi anda untuk tujuan penghadaman.
  • Susu ibu melawan penyakit
    - sel, hormon dan antibodi didalam susu ibu boleh melindungi bayi dari pelbagai penyakit. Perlindungan ini sangat unik kerana susu formula tidak dapat menandingi komposisi kimia susu ibu. Secara faktanya, jangkitan telinga dan cirit-birit adalah menjadi kebiasaan dikalangan bayi yang menyusui susu formula. Susuan formula juga menghadapi risiko yang lebih tinggi dijangkiti jangkitan paru-paru, asthma, obesiti, dan diabetes jenis-2. Kajian menunjukkan, susuan ibu boleh mengurangkan risiko diabetes jenis-1, leukimia kanak-kanak, dan dermatitis (ruam). Penyusuan susu ibu juga didapati mengurangkan risiko SIDS (sudden infant death syndrome), kematian mengejut bayi.

2. Penyusuan memberi manfaat pada ibu

  • penyusuan susu ibu memudahkan hidup anda
    - Pada awalnya, memanglah memerlukan sedikit usaha yang lebih untuk memberi susu badan, tetapi usaha ini sangat berbaloi dihari kemudiaannya setelah anda dan bayi telah menjadikannya rutin. Tidak perlu lagi botol, puting, pemanas, dan pensteril (sterilizer). Anda tak perlu lagi membeli dan membancuh susu formula dan bangun ditengah-tengah malam untuk menyediakannya.
  • Penyusuan susu ibu menjimatkan kos
    - Bayangkanlah, bayi hanya bergantung kepada susu sebagai sumber utama makanannya. Sebulan, seorang bayi akan menghabiskan sekitar 4 kotak (650g) susu formula dan bertambah apabila dia membesar. Secara purata, bagi susu formula yang sederhana kosnya, adalah sekitar RM30-40 sekotak. Bayangkanlah berapa banyak kos yang anda boleh jimat $$$ sebulan, $$$$ setahun!
  • Penyusuan badan melahirkan sentuhan kasih-sayang
    - Sentuhan fizikal sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Ia membuatkan mereka merasa selamat, selesa dan terhibur. Ibu boleh juga manfaat dari keakraban ini. Sentuhan kulit ke kulit boleh meningkatkan penghasilan hormon oxytocin oleh ibu. Hormon ini sangat membantu dari segi perembesan susu ibu lebih banyak dan pada masa yang sama dapat menenangkan ibu. Lagi bacaan ilmiah tentang oxytocin.
  • Penyusuan badan memanfaatkan kesihatan ibu
    - Mengikut kajian, ibu yang menyusui bayi mengurangkan risiko mereka dari penyakit diabetes jenis-2, kanser payudara, kanser ovari, dan kemurungan selepas bersalin (postpartum depression) - atau dalam bahasa kita, meroyan. Pakar-pakar masih lagi melihat pada kesan penyusuan badan pada penyakit osteoporosi dan pengurangan berat badan selepas bersalin. Banyak kajian melaporkan pengurangan berat badan yang tinggi dikalangan ibu-ibu yang menyusui berbanding yang tidak.
  • Ibu-ibu menyusui akan kurang mengambil cuti
    - kerana mengikut kajian, anak-anak yang disusui badan lebih cenderung sihat berbanding bayi yang mengambil susu formula.
Jadi, bagi ibu-ibu yang masih berbelah bahagi, samada ingin campurkan susu ibu dan formula, atau eksklusif formula, timbang-timbanglah semula keputusan anda. Mungkin ada dikalangan kita yang menghadapi masalah kekurangan air susu, tapi carilah ikhtiar untuk memperbanyakkan air susu. Jika diberi kesempatan untuk pusing balik masa, ummi ingin menyusui semua anak-anak ummi secara eksklusif. Walaupun hakikatnya air susu ummi tak banyak, kalaulah ummi tahu pasal ESP Shaklee (Jom klik untuk ketahui lebih lanjut) dari awal lagi, sudah tentu anak-anak ummi semuanya membesar dengan susu ummi. Bagi ibu-ibu muda, anda masih belum terlewat untuk membuat keputusan. jadi buatlah pilihan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan