Isnin, 14 Januari 2013

Sayang suami tangan-tangankan?

Yang ummi maksudkan 'tangan-tangankan' bukanlah maksud 'pukul' suami. Tapi lebih kepada pendekatan sentuh menyentuh fizikal dan emosi sang suami. Ummi suka dua petik kata dibawah:

"Hugging closes the door to hate. Kissing opens the door to love" (Tony Davis)
Pelukan menutup pintu kebencian. Ciuman membuka pintu kepada cinta

"Through your embrace you speak a thousand words, without ever saying one" (Anonymous)
Melalui pelukan kamu mengucapkan seribu kata-kata, tanpa perlu menyatakan satu pun daripadanya

Pelukan terapi kesakitan 


Budaya kita kurang mengamalkan ekspresi kasih sayang melalui pelukan. Kita bukan macam orang putih atau bangsa lain yang mengamalkan sentuhan pelukan bila berjumpa. Dulu ummi di US masa belajar, rasa sangat kekok bila dipeluk-peluk oleh rakan-rakan (pompuan la).. Badan jadi keras semacam, malu pun ada. Kalau kita tengok orang putih dalam tv, macam tu lah kebiasaan diaorang. Mereka sangat mengutamakan pelukan terhadap keluarga dan kenalan. Pelukan menunjukkan 'affection' (kasih sayang) dan perhatian. Dari segi perubatan juga, ummi pernah dengar, pelukan merupakan terapi bagi mengurangkan kesakitan.

Macamana suami mau dilayan?

Macamana kita, pembaca-pembaca semua? Selalu kah kita peluk orang yang kita sayang terutama encik suami kita tu? Kadang-kadang kita terlalu ambil berat karenah anak-anak daripada karenah suami kita. Tapi sebenarnya, itu lah yang paling utama. Suami pun perlu dilayan seperti kita melayan anak-anak kita. Ambil tahu makan-minum dia. Bukan sekadar masak, tapi hidangkan dan makanlah bersama-sama. Ambil tahu sakit pening dia. Bukan sekadar tolong bawak ke klinik, tapi bagi ubat pada dia mengikut waktu, macam jururawat buat. Ambil tahu penat dia. Bukan sekadar bawakkan air bila dia sampai, tapi tanyakan pasal hari dia di ofis. Ambil tahu masalah dia. Bukan sekadar mendengar, tapi beri kata-kata semangat supaya pulih emosi dia. Kalau kita perasan, benda-benda semua kita buat pada anak-anak tapi kurang pada suami, kan?

Suami sukar mengucapkan sayang?

Kita nak suami sayang kita, kan? Memang semua suami sayangkan isteri, kalau tak kita dah jadi janda, betul tak? Cuma lelaki sangat susah nak ucap sayang pada kita. Tapi tak semua. Jadi, macamana kita nak buat suami selalu melahirkan rasa sayang itu? Ummi rasa, ia perlulah bermula dari kita. Kita perlu menjadikan perkataan sayang, cinta, suka sentiasa keluar dari mulut kita selalu. Jadikan ia rutin sama seperti kita selalu cakap 'penatlah bang..'. Sebagai permulaan cuba cari masa yang paling intim antara kita suami isteri. Ada orang waktu makan, ada orang waktu sebelum tidur, ada orang masa aktiviti atas katil. Terpulang waktu mana yang paling sesuai, dan cuba bagi sentuhan emosi pada suami kita dengan menyatakan kita sayang pada dia. Bagi yang dah biasa, tak ada masalah lah.. tapi pertama kali nak ucapkan tu, rasa nak tertanggal gigi, betul tak? In Sha Allah kalau kita selalu sebut, suami akan perasan dan dia pun akan buat benda yang sama.

Men are from Mars, Women are from Venus

Sama juga macam pelukan. Suami peluk kita masa atas katil je kan? Jadi, kalau nak disentuh fizikal selalu (bukan atas katil saja), kita sebagai isteri perlu mendahului. Jadikan rutin, in sha Allah suami akan terikut-ikut juga. Jangan lah kita selalu menganggap suami mengabaikan kita bila kita bandingkan dengan suami orang lain yang. Mereka mungkin sama seperti kebanyakan suami yang lain yang bukan menzahirkan sayang melalui kata-kata dan sentuhan. Mereka adalah makhluk dari Marikh bak kata Dr. John Gray. Jadi kita dari Venus ni, marilah kita ubah perangai orang-orang Marikh.

Klik disini jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang buku ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan