Jumaat, 4 Januari 2013

Jagaan Ibu Dalam Pantang

Jagaan Ibu Dalam Berpantang

Puteri Syawal

Alhamdulillah, syawal ke-5 2011 merupakan hadiah istimewa buat kami sekeluarga bila kelahiran ke-5 anak ummi adalah seorang puteri. Susah, perit, dan sakit bersalin hilang bila memangku Fitrah Imaani. Walaupun beratnya cuma 2.96kg, tapi Fitrah kelihatan sihat dan sempurna.


Berpantang

Bermulalah kini masa yang ditunggu-tunggu. Percutian yang panjang bagi merehatkan badan dan memperelokkan sistem dalaman semula. Ada orang tak suka waktu berpantang, tapi bagi ummi inilah masanya untuk ummi bercuti. Walaupun sedikit kalut dengan anak ke-4 yang masih berusia 2 tahun, persiapan awal yang ummi buat meringankan sedikit sebanyak kerja-kerja ummi.



Persiapan penjagaan rumah
Memandangkan ummi tidak ada bibik, ummi telah 'charter' makcik cleaner di tempat ummi kerja untuk datang sebulan menolong ummi disebelah petang. Kak Ani (makcik cleaner) tolong ummi mengemas, membasuh, menseterika dan melipat baju. Sangat-sangat membantu bilamana anak-anak kecil yang bersekolah masih belum mampu melakukan semua kerja-kerja itu. Dalam kesempatan itu jugak, K ani tolong ummi panaskan tungku. Alhamdulillah, mak mertua ummi sangat prihatin. Dia yang bekalkan daun-daun yang sesuai bagi membalut tungku. Daun mengkudu, daun kunyit, daun pandan, dan daun lengkuas sangat harum ketika bercampur dengan tungku yang panas. Bukan sekadar itu, daun-daun tu juga ada khasiat-khasiat tersendiri bagi membantu memperelokkan rahim yang masih lemah.
Persiapan makanan
Selain servis mencuci, ummi jugak dapatkan servis penghantaran makanan. Memandangkan ummi tak dapat memasak untuk diri sendiri, ummi telah melanggan servis dari mangkuktingkat.com bagi urusan makanan berpantang. Alhamdulillah, mudah sungguh kerana abah tak perlu fikirkan apa makanan yang sesuai untuk ummi yang didalam pantang. Anak-anak yang lain semuanya makan di sekolah & nursery. Mudahkan?


Persiapan urutan
Ummi juga telah fikirkan tentang urut sebelum Fitrah dilahirkan. Ada beberapa butik kecantikan yang menawarkan servis urutan berpantang ke rumah. Agak mahal, sekitar RM300-400 bagi pakej urutan, bertangas, & mandi herba. Tapi ummi hanya mencari tukang urut tradisional yang direkemen kan oleh kawan ummi. Bayaran perkhidmatan adalah RM50 sekali urutan. OK la tu.


Menghilangkan kebosanan
Bagi menghilangkan kebosanan ummi, abah terpaksa membeli pelbagai jenis majalah untuk ummi. Selain itu, abah juga sambungkan sambungan dari decoder Astro ke tv bilik. Jadi, dapatlah ummi bersantai dan menjaga Fitrah tanpa perlu keluar dari bilik.


Persiapan penjagaan bayi
Untuk memudahkan lagi kerja-kerja menjaga bayi ketika pantang, ummi telah sediakan segala kelengkapan bayi dibilik. Contohnya tempat simpanan/pengering botol susu (bottle drying rack), thermos, cecair pencuci botol susu, tab mandian bayi, semuanya ummi letak kat bilik bagi memudahkan ummi menjaga bayi tanpa perlu banyak bergerak terutamanya bila bilik ummi terletak ditingkat atas.


Segalanya yang teratur membuatkan ummi tenang dan seronok ketika berpantang. Walaupun begitu, lain orang kehendaknya dan lain caranya. Mungkin cara ummi dapat memberi sedikit panduan kepada ibu-ibu muda yang baru pertama kali menempuh alam berpantang. Selamat pantang dan semoga urusan berpantang dipermudahkan Allah  :) InsyaAllah di entri yang kemudian, ummi akan kongsikan antara pemakanan yang berkhasiat yang ummi amalkan untuk menjaga kesihatan ummi dan Fitrah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan